Piagam Pelanggan

logojps

PIAGAM PELANGGAN
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

KAMI WARGA JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

  1. Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter dilayan dalam tempoh 30 minit;
  2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap pengadu yang diterima oleh Unit Perhubungan Awam dikeluarkan Surat Akuan Terima (SAT) dalam tempoh 24 jam dari tarikh terima aduan;
  3. Memastikan Surat Penempatan Guru atau Surat Pertukaran Guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan rasmi diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia atau mesyuarat panel;
  4. Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula bagi kes displin yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  5. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 05 hari bekerja;
  6. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada calon pada hari keputusan dikeluarkan;
  7. Memastikan bayaran kepada pembekal perkhidmatan/kerja dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima;

          

Kami akan memastikan anda membawa bersama maklumat yang betul,lengkap dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada pegawai dan kakitangan kami di kaunter utama jabatan ini atau telefon : 03-55186500