Sejarah/Latar Belakang

SEJARAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950. Ia mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Selangor untuk menyelaras aktiviti di peringkat daerah pada 1 Jun 1982. PPD telah dibentuk hasil daripada kertas cadangan yang telah dikemukakan pada awal tahun 80an. Pada tahun 1982 PPD Klang telah ditubuhkan sebagai perantara antara daerah dengan Jabatan Pendidikan Negeri.

PPD Klang pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 1982 telah beroperasi di sebuah blok bangunan di SMK Tinggi Klang dan peranan utama yang telah diberikan adalah pengurusan akademik. Pada bulan April 1998, PPD Klang telah bertukar tempat ke sebuah kawasan seluas enam ekar bersebelahan dengan SMK Tinggi Klang. Pada masa kini tanggungjawab PPD bukan lagi dalam bidang akademik sahaja malah telah merentasi tugas dan fungsi di unit-unit berikut ;

  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Akademik
  • Pembangunan Kemanusiaan
  • Pembangunan & Perolehan
  • Psikologi dan Kaunseling
  • Pengurusan Kualiti
  • ICT dan Data
  • Pentadbiran dan Perkhidmatan
  • Kewangan dan Akaun

PPD Klang mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan MS ISO 9001:2008. Perkhidmatan berkualiti yang diamalkan adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan seperti menepati masa, ketepatan fakta, layanan mesra, keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan, berinformasi dan mudah diperolehi.