Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama
  2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh disahkan
  3. Memastikan surat penempatan guru dan surat pertukaran guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia atau mesyuarat panel
  4. Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja
  5. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja
  6. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah dan calon persendirian pada hari keputusan dikeluarkan
  7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
  8. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan pemeriksaan awal dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima aduan.