selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Soalan Lazim

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

E-TUKAR BUKAN GURU

1. Apakah itu e-Tukar Bukan Guru?

Jawapan: e-Tukar Bukan Guru adalah sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem inidibangunkan bagi tujuan membuat urusan pertukaran dan menyimpan data-data permohonan pertukaran kakitangan secara lebih efisien dan efektif.

2. Apakah kelebihan menggunakan sistem e-tukar?

Jawapan:Sistem e-tukar bukan guru dapat menyediakan permohonan secara atas talian (online). Sistem ini dapat memproses permohonan pertukaran secara sistematik dan efisyen melalui pangkalan data berpusat, secara langsung ianya dapat memendekkan tempoh pemprosesan permohonan pertukaran.

3. Bagaimana untuk mengemaskini maklumat dalam e-tukar?

Jawapan:Maklumat dalam e-tukar pemohon boleh dikemaskini selagi permohonan belum dihantar dengan caralogin masuk ke laman e-tukar. Sekiranya pemohon telah menghantar permohonan tersebut, pengguna tidak boleh mengemaskini maklumat berkenaan.

4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna terlupa ID pengguna atau kata

laluan?

Jawapan:Klik pada lupa kata laluan, kata laluan baru akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang emel ini bermakna emel yang didaftarkan tidak sah.Langkah seterusnya pemohon boleh emelkan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan nama penuh ke alamat eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Pihak pentadbir e-tukarakan membantu dan memberikan kata laluan baru kepada anda melalui emel.

5. Bagaimanakah untuk mendaftar dalam sistem ini?

Jawapan:Klik pada login kali pertama, daftarkan maklumat pengguna dan klik daftar. Anda akan dibekalkan ID dan katalaluan, seterusnya anda boleh login dan boleh menggunakan sistem ini.

6. Siapakah yang boleh mendaftar dan menggunakan sistem e-tukar?

Jawapan:Sistem e-tukar bukan guru ini hanya untuk kegunaan kakitangan bukan guru (selain daripada guru) di Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. Saya merupakan seorang Penolong Setiausaha Pejabat, Gred N17 di salah sebuah IPG di Semenanjung Malaysia. Saya berhasrat untuk memohon tukar ke mana-mana jabatan atau kementerian di daerah Kuching, Sarawak. Bolehkah saya menggunakan aplikasie-tukar Bukan Guru.

Jawapan:Boleh. Sistem e-tukar Bukan Guru turutboleh digunakan bagi tujuan permohonanpertukaran jawatan-jawatan bukanguru sama ada jawatan lantikan SPP atau skim gunasama.

8. Saya merupakan seorang Pegawai DG29 di salah sebuah PKG di Selangor. Saya mempunyai masalah peribadi iaitu jarak perjalanan dari PKG kerumah saya adalah 120km perjalanan pergi dan balik. Bolehkah saya memohon tukar menggunakan aplikasi e-tukar Bukan Guru?

Jawapan : Tidak boleh. Permohonan aplikasi ini hanya untuk jawatanjawatan bukan guru sahaja.

9. Saya telah membuat permohonan tukar melalui e-tukar Bukan Guru pada01Oktober2011. Namun sehingga kini pengesah 1 dan 2 belum membuat pengesahan. Bilakah kedua-dua pengesah akan membuat pengesahan?

Jawapan :Tarikh akhir untuk Pengesah 1 membuat pengesahan adalah 15 November 2011, manakala tarikh akhir Pengesah 2 membuat pengesahan adalah pada 30November 2011.

10. Bagaimanakah Guru Besar hendak membuat pengesahan sebagai Pengesah 1? Adakah beliau perlu mendaftar seperti pemohon juga?

Jawapan : Guru Besar atau Pengetua telah dibekalkan dengan ID pengguna dan katalaluan melalui surat edaran yang telah dihantar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan April 2011. Sebagai Pengesah 1 beliau perlu login kedalam aplikasi untuk membuat pengesahan tersebut.

11. Saya telah mendaftar buat pertama kali pada 3 April 2011 dan memohon tukar ke Pahang. Tetapi setelah saya login semula pada 4 April, dan saya telahmendapat mesej bahawa ID dan katalaluan yang dimasukkan tidak tepat.

Jawapan :Tuan boleh klik lupa katalaluan yang mana katalaluan yang baru akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.

12. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan yang telah saya hantar pada bulan Oktober 2011 melalui sisteme-tukar Bukan Guru?

Jawapan : Keputusan permohonan tukar boleh disemak mulai 21Disember 2011 melalui sistem e-tukar Bukan Guru dengan login menggunakan ID dankatalaluan yang sama.

13. Saya berkhidmat di Kolej Matrikulasi Melaka. Saya ingin bertanya bila dan berapa kalikah permohonan pertukaran secara atas talian ini dibuka di dalam masa setahun?

Jawapan : Permohonan pertukaran ini dibuka sebanyak 4 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

14. Saya telah membuat permohonan tetapi setelah membuat perbincangan dengan ahli keluarga, saya berhasrat ingin membatalkan permohonan secara atas talian

yang telah dibuat. Bagaimanakah caranya saya ingin membuat permohonan batal, kerana saya telah cuba untuk login semula tetapi tiada modul permohonan batal.

Jawapan : Sekiranya pemohon telah klik borang hantar permohonan, maka sebarang pembatalan tidak boleh dilakukan melalui sistem e-tukar ini. Bagi tujuan pembatalan, pemohon hendaklah memaklumkan kepada pengesah I atau pengesah II (yang mana lebih dahulu) sebelum tarikh mesyuarat panel bersidang.

15. Nama saya Ali Bin Rosli, seorang Pemandu Gred R3 dan memohon bertukar dari Kelantan ke Perlis. Saya ingin bertukar suka sama suka dengan pemandudari negeri Perlis yang secara kebetulan ingin bertukar ke Kelantan. Bolehkah saya memohon menggunakan sistem ini?

Jawapan: Ya. Pemohon boleh membuat permohonan berkenaan melalui Sistem e-tukar Bukan Guru, sistem e-tukar akan membuat suaipadan secara automatik. Tuan juga boleh mencatatkan didalam ruang catatan nama dan nombor kad pengenalan pasangan suaipadan berkenaan.

16. Jika Pengesah I/II sedang cuti panjang. Bolehkah urusan ini diambil alih oleh

orang lain?

Jawapan: Pengesah I boleh menyerahkan tugas kepada pegawai bawahannya bagi membuat pengesahan sebelum beliau bercuti.

17. Bagaimana saya membuat perubahan jika saya telah tersalah isi alamat dan

tempat saya bertugas?

Jawapan: Selepas permohonan dihantar, sebarang perubahan tidak boleh lagi dilakukan. Sila emel ke eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk memaklumkan masalah berkenaan.Nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.

18. Bolehkah saya memohon pertukaran melalui sistem e-tukar jika saya memohon tempat yang diletakkan dibawah daerah yang berlainan?

Jawapan: Ya, pemohon bolehmemohon kemana-mana tempat diseluruh Malaysia sama ada didalam daerah, didalam negeri, diantara negeri atau di antara bahagian.

19. Saya mempunyai masalah peribadi dengan pengesah I. Bolehkah saya memohon pertukaran melalui e-tukar ini tanpa pengesahan daripada pengesah I?

Jawapan: Tidak. Permohonan pertukaran melalui sistem ini hendaklah mendapat pengesahan daripada pengesah I terlebih dahulu.

20. Adakah sistem ini hanya untuk kakitangan bukan guru lantikan SPP? Saya merupakan kakitangan bukan guru F29 daripada lantikan SPA/JPA, bolehkahsaya membuat permohonan tukar dengan menggunakan sistem ini?

Jawapan: Boleh. Sistem ini boleh digunakan oleh semua kakitangan bukan guru yang berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia samada lantikan daripada SPP atau SPA.

21. Bagaimanakah cara untuk menukar ID dan katalaluan dalam sistem e-tukar?

Jawapan: ID pengguna tidak boleh ditukar, tetapi katalaluan boleh ditukar dengan memasukkan katalaluan baru melaluiprofile pengguna.

22. Saya merupakan pembantu am pejabat dan ingin bertukar ke SJK (C ) Yuk Hwa,namun saya tersalah meletakkan nama sekolah tersebut iaitu SJK (C ) Yok Hwa. Bagaimana saya hendak membetulkannya?

Jawapan: Sila maklumkan kepada BPSM, KPM melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sila nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.

23. Saya menghadapi kesulitan tidak dapat Login kedalam sisteme-tukar walaupun telah menggunakan ID dan Katalaluan yang diberikan oleh pihak BPSM. Bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini?

Jawapan: Sila maklumkan kepada kami melalui emel eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sila nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar email untuk memudahkan kami membantu anda.

24. Bolehkah pengetua daripada sekolah lain menjadi pengesah I dan membuat pengesahan permohonan untuk saya?

Jawapan: Tidak boleh. Setiap jabatan/sekolah telah diberikan ID dan kata laluan.

25. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa katalaluan dan berlaku kesilapan dalam meletakkan emel saya?

Jawapan: Sila maklumkan kepada BPSM, KPM melalui emel eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.

26. Nama saya Abu bin Bakar, No. Kad Pengenalan76xxxx-1x-xx5x. Saya baru

mendaftar pada minggu lepas, namun ID pengguna saya telah didaftarkan dengan nama orang lain. Bagaimanakah cara untuk membatalkan nama tersebutdan memasukkan nama saya?

Jawapan: Sila maklumkan kepada BPSM, KPM dengan menyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan ke emel eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sila nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.

27. Saya telah memuat turun dokumen-dokumen yang diperlukan, namun berlaku kesulitan (*error 404*). Apakah yang harus saya lakukan?

Jawapan: Berkemungkinan besar akses internet ditempat anda adalah perlahan. Sila gunakan internet di tempat lain yang lebih laju atau gunakan internet pada waktu malam untuk mendapatkan akses yang lebih laju.

28. Saya telah mendaftar dan mengisi permohonan melalui sistem e-tukar, masalah yang saya hadapi ialah saya tidak dapat menyimpan dan menghantar permohonan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan:Sila maklumkan kepada BPSM, KPM melalui emel eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sila nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.

29. Bagaimanakah saya membuat rayuan sekiranya permohonan saya gagal?

Jawapan: Tiada sebarang rayuan yang boleh dilakukan. Anda boleh membuat permohonan baru pada sesi yang seterusnya.

30. Bagaimanakah untuk membatalkan permohonan dalam sistem e-tukar?

Jawapan: Pembatalan permohonan boleh dilakukan dengan memberitahu pengesah I dan II agar tidak menyokong permohonan anda serta mencatatkan “pembatalan permohonan” pada ruangan catatan.

31. Saya telah membuat permohonan sebanyak 2 kali dalam sisteme-tukar namun gagal. Kali ke 3 saya membuat permohonan, aplikasi memberitahu bahawa IDdan katalaluan saya tidak tepat. Adakah saya perlu membuat pendaftaran baru?

Jawapan: Tidak perlu. Sila gunakan ID dan katalaluan yang sama dengan tepat. Sekiranya anda masih tidak boleh login, sila hubungi kami ditalian03-8884 7754/ 7759/ 7760 pada waktu pejabat untuk bantuan.

32. Bolehkah saya memuat turun laporan daripada pihak polis untuk menggantikan Kad Pengenalan/Surat Beranak saya/suami/anak saya yang hilang?

Jawapan: Boleh

33. Saya menghadapi masalah dalam melengkapkan permohonan dalam e-tukar. Terdapat bahagian wajib yang tidak dapat dilengkapkan atas sebab tiadajawapan bagi bahagian itu dan saya tidak dapat melengkapkannya. Sehingga sekarang saya tidak dapat menghantar permohonan saya kerana permohonantidak lengkap. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan: Semua permohonan perlu dilengkapkan, kegagalan melengkapkan permohonan akan menyebabkan permohonan anda tidak boleh dihantar.

E-TUKAR BUKAN GURU

1. Apakah itu e-Tukar Bukan Guru?

Jawapan: e-Tukar Bukan Guru adalah sistem pengurusan pertukaran

kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini

dibangunkan bagi tujuan membuat urusan pertukaran dan menyimpan

data-data permohonan pertukaran kakitangan secara lebih efisien dan

efektif.

2. Apakah kelebihan menggunakan sistem e-tukar?

Jawapan:Sistem e-tukar bukan guru dapat menyediakan permohonan

secara atas talian (online). Sistem ini dapat memproses permohonan

pertukaran secara sistematik dan efisyen melalui pangkalan data berpusat,

secara langsung ianya dapat memendekkan tempoh pemprosesan

permohonan pertukaran.

3. Bagaimana untuk mengemaskini maklumat dalam e-tukar?

Jawapan:Maklumat dalam e-tukar pemohon boleh dikemaskini selagi

permohonan belum dihantar dengan caralogin masuk ke laman e-tukar.

Sekiranya pemohon telah menghantar permohonan tersebut, pengguna

tidak boleh mengemaskini maklumat berkenaan.

4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna terlupa ID pengguna atau kata

laluan?

Jawapan:Klik pada lupa kata laluan, kata laluan baru akan dihantar melalui

emel yang telah didaftarkan. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang

emel ini bermakna emel yang didaftarkan tidak sah.Langkah seterusnya

pemohon boleh emelkan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan nama

penuh ke alamat eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Pihak pentadbir e-tukarakan

membantu dan memberikan kata laluan baru kepada anda melalui emel.

5. Bagaimanakah untuk mendaftar dalam sistem ini?

Jawapan:Klik pada login kali pertama, daftarkan maklumat pengguna dan

klik daftar. Anda akan dibekalkan ID dan katalaluan, seterusnya anda boleh

login dan boleh menggunakan sistem ini.

6. Siapakah yang boleh mendaftar dan menggunakan sistem e-tukar?

Jawapan:Sistem e-tukar bukan guru ini hanya untuk kegunaan kakitangan

bukan guru (selain daripada guru) di Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. Saya merupakan seorang Penolong Setiausaha Pejabat, Gred N17 di salah

sebuah IPG di Semenanjung Malaysia. Saya berhasrat untuk memohon tukar ke

mana-mana jabatan atau kementerian di daerah Kuching, Sarawak. Bolehkah

saya menggunakan aplikasie-tukar Bukan Guru.

Jawapan:Boleh. Sistem e-tukar Bukan Guru turutboleh digunakan bagi

tujuan permohonanpertukaran jawatan-jawatan bukanguru sama ada

jawatan lantikan SPP atau skim gunasama.

8. Saya merupakan seorang Pegawai DG29 di salah sebuah PKG di Selangor.

Saya mempunyai masalah peribadi iaitu jarak perjalanan dari PKG kerumah

saya adalah 120km perjalanan pergi dan balik. Bolehkah saya memohon tukar

menggunakan aplikasi e-tukar Bukan Guru?

Jawapan : Tidak boleh. Permohonan aplikasi ini hanya untuk jawatanjawatan

bukan guru sahaja.

9. Saya telah membuat permohonan tukar melalui e-tukar Bukan Guru

pada01Oktober2011. Namun sehingga kini pengesah 1 dan 2 belum membuat

pengesahan. Bilakah kedua-dua pengesah akan membuat pengesahan?

Jawapan :Tarikh akhir untuk Pengesah 1 membuat pengesahan adalah 15

November 2011, manakala tarikh akhir Pengesah 2 membuat pengesahan

adalah pada 30November 2011.

10. Bagaimanakah Guru Besar hendak membuat pengesahan sebagai Pengesah 1?

Adakah beliau perlu mendaftar seperti pemohon juga?

Jawapan : Guru Besar atau Pengetua telah dibekalkan dengan ID pengguna

dan katalaluan melalui surat edaran yang telah dihantar oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia pada bulan April 2011. Sebagai Pengesah 1 beliau perlu

login kedalam aplikasi untuk membuat pengesahan tersebut.

11. Saya telah mendaftar buat pertama kali pada 3 April 2011 dan memohon tukar

ke Pahang. Tetapi setelah saya login semula pada 4 April, dan saya telah

mendapat mesej bahawa ID dan katalaluan yang dimasukkan tidak tepat.

Jawapan :Tuan boleh klik lupa katalaluan yang mana katalaluan yang baru

akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.

12. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan yang

telah saya hantar pada bulan Oktober 2011 melalui sisteme-tukar Bukan Guru?

Jawapan : Keputusan permohonan tukar boleh disemak mulai 21Disember

2011 melalui sistem e-tukar Bukan Guru dengan login menggunakan ID dan

katalaluan yang sama.

13. Saya berkhidmat di Kolej Matrikulasi Melaka. Saya ingin bertanya bila dan

berapa kalikah permohonan pertukaran secara atas talian ini dibuka di dalam

masa setahun?

Jawapan : Permohonan pertukaran ini dibuka sebanyak 4 kali setahun iaitu

pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

14. Saya telah membuat permohonan tetapi setelah membuat perbincangan dengan

ahli keluarga, saya berhasrat ingin membatalkan permohonan secara atas talian

yang telah dibuat. Bagaimanakah caranya saya ingin membuat permohonan

batal, kerana saya telah cuba untuk login semula tetapi tiada modul permohonan

batal.

Jawapan : Sekiranya pemohon telah klik borang hantar permohonan, maka

sebarang pembatalan tidak boleh dilakukan melalui sistem e-tukar ini. Bagi

tujuan pembatalan, pemohon hendaklah memaklumkan kepada pengesah I

atau pengesah II (yang mana lebih dahulu) sebelum tarikh mesyuarat panel

bersidang.

15. Nama saya Ali Bin Rosli, seorang Pemandu Gred R3 dan memohon bertukar

dari Kelantan ke Perlis. Saya ingin bertukar suka sama suka dengan pemandu

dari negeri Perlis yang secara kebetulan ingin bertukar ke Kelantan. Bolehkah

saya memohon menggunakan sistem ini?

Jawapan: Ya. Pemohon boleh membuat permohonan berkenaan melalui

Sistem e-tukar Bukan Guru, sistem e-tukar akan membuat suaipadan

secara automatik. Tuan juga boleh mencatatkan didalam ruang catatan

nama dan nombor kad pengenalan pasangan suaipadan berkenaan.

16. Jika Pengesah I/II sedang cuti panjang. Bolehkah urusan ini diambil alih oleh

orang lain?

Jawapan: Pengesah I boleh menyerahkan tugas kepada pegawai

bawahannya bagi membuat pengesahan sebelum beliau bercuti.

17. Bagaimana saya membuat perubahan jika saya telah tersalah isi alamat dan

tempat saya bertugas?

Jawapan: Selepas permohonan dihantar, sebarang perubahan tidak boleh

lagi dilakukan. Sila emel ke eAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk memaklumkan

masalah berkenaan.Nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa

menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.

18. Bolehkah saya memohon pertukaran melalui sistem e-tukar jika saya memohon

tempat yang diletakkan dibawah daerah yang berlainan?

Jawapan: Ya, pemohon bolehmemohon kemana-mana tempat diseluruh

Malaysia sama ada didalam daerah, didalam negeri, diantara negeri atau

diantara bahagian.

19. Saya mempunyai masalah peribadi dengan pengesah I. Bolehkah saya

memohon pertukaran melalui e-tukar ini tanpa pengesahan daripada pengesah

I?

Read more

Sektor Pengurusan Sekolah

UNIT RENDAH

1.         Bilakah pendaftaran murid ke Tahun 1 boleh dibuat?

Pendaftaran murid ke Tahun 1 boleh dibuat di sekolah mulai 1 Mac – 30 April setiap tahun bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 6 tahun.

2.         Bagaimana hendak mendaftar anak ke Tahun 1?

            Sila layari laman sesawang https;//public.moe.gov.my

            Pendaftaran boleh dibuat untuk dua sesi kemasukan setiap tahun.

            Contoh :

            a) Kanak-kanak yang dilahirkan pada 02 Januari 2010 sehingga 01 Januari 2010, boleh

memohon kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi 2017.

b) Kanak-kanak yang dilahirkan pada 02 Januari 2011 sehingga 01 Januari 2012, boleh

memohon kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi 2018.

3.         Bilakah saya boleh memohon ‘Bersekolah Awal’?

            a) Permohonan akan dibuka mulai 01 Jun sehingga 30 Julai bagi tahun semasa.

            b) Kelayakan adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari sehingga 15 Januari

sahaja.

c) Borang boleh dimuat turun di Portal Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

4.         Bagaimana hendak bersekolah dari sekolah persendirian / swasta ke sekolah bantuan kerjaan?

            Permohonan hendaklah dibuat ke unit Sekolah Rendah dengan mengisi borang permohonan (ASBSLP) bersama dokumen / salinan yang berkenaan sebelum 
kelulusan diberi. 

5.         Bilakah pertukaran guru terlatih boleh dibuat?

            Pertukaran guru terlatih boleh dibuat pada bulan September bagi kelulusan Januari manakala bulan April bagi kelulusan Jun.

UNIT MENENGAH

1.         Mengapakah anak saya tidak dapat ditempatkan di sekolah yang dipohon?

            Penempatan murid di sekolah berdasarkan kekosongan tempat di sekolah.

2.         Bagaimanakah  saya hendak masuk ke Tingkatan 6 bawah jika tidak mencukupi syarat?

            Anda hendaklah mengisi borang rayuan (Borang T6BKK) dan hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk diproses.

3.         Bagaimana saya hendak masuk ke Tingkatan 6 bawah jika tidak mendapat tawaran walaupun keputusan saya baik dan mencukupi syarat?

            Anda hendaklah mengisi borang rayuan (Borang T6BRU) dan hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk diproses.

4.         Bagaimanakah anak saya hendak memohon ke Sekolah Berasrama Penuh?

            Permohonan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh boleh dibuat secara talian melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my

            Tarikh permohonan ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN

1.         Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh warga asing untuk mendapatkan kebenaran memasuki Sekolah Bantuan Kerajaan? 

            a)         Dua salinan surat kelahiran anak

            b)         Dua salinan passport anak

            c)         Dua salinan passport ibu bapa/permit masuk/sijil warganegara ibu bapa

            d)         Dua salinan Dependant Pass ibu dan anak

            e)         Dua surat pengesahan daripada majikan

            f)          Dua salinan butir-butir persekolahan sebelumnya/surat kelulusan daripada

JPNS/PPD sebelum ini    

UNIT PRASEKOLAH

1.         Bilakah iklan pengambilan murid prasekolah dibuka?

            Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 Jun - 30 Ogos tahun semasa.

2.         Dimanakah borang permohonan tersebut boleh didapati?

            Borang permohonan boleh didapati:-      

            a)         di sekolah-sekolah yang ada Program Pendidikan Prasekolah.

            b)         muat turun dari laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

3.         Kemanakah borang permohonan ini hendak dihantar?

Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke sekolah-sekolah yang anda pilih.

4.         Berapakah umur layak memohon mengikuti pendidikan Prasekolah KPM?

            5 hingga 6 tahun, tetapi keutamaan adalah untuk murid yang berumur 6 tahun.

5.         Apakah kelayakan guru prasekolah?

            Sama seperti syarat dan kelayakan permohonan untuk guru-guru opsyen lain.

6.         Bagaimana cara memohon untuk menjadi guru prasekolah?

            Boleh memohon melalui IPG(prosedur sama seperti permohonan guru biasa).

7.         Apakah kelayakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)?

            Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mempunyai 5 kepujian termasuk BM.

8.         Bagaimana cara memohon untuk menjadi PPM prasekolah?

            Boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

PERTUKARAN GURU


1.         Apakah kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon?

            Jawapan

Terdapat 3 kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
a) Kepentingan perkhidmatan
b) Kekosongan jawatan
c) Keperluan operasi di negeri yang dipohon


2.         Apakah jenis guru yang boleh memohon pertukaran melalui Sistem e-GTukar?

Jawapan
Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DGA32 (KUP Time-based), DGA34 (KUP Time-based), DGA38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG 48 (KUP Time-based), DG 52 (KUP Time-based), dan DG54 (KUP Time-based) sahaja. Manakala pemohonan yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;
2.1. Pentadbiran secara hakiki dan Guru Cemerlang – mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian SOP yang berkaitan.
2.2. Guru Tingkatan Enam yang telah dilantik – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar kepada Unit Pengurusan Sekolah di PPD.

2.3. Guru LINUS NKRA – Merujuk Surat Siaran KPM Bilangan 6 Tahun 2014, Bil. KP (BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5(32) bertarikh 28 Februari 2014 – Garis Panduan Perkhidmatan Guru Pemulihan Khas LINUS.


3.         Mengapakah saya gagal dalam permohonan pertukaran?

Jawapan
Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:
a) Kepentingan perkhidmatan
b) Kekosongan jawatan
c) Keperluan opsyen di negeri yang dimohon


4.         Bilakah keputusan permohonan pertukaran guru akan diumumkan di laman web

e-GTukar?
Jawapan
Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e-GTukar.



5.         Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan sesorang guru itu lulus bertukar?

Jawapan
Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ianya bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.

6.         Adakah guru boleh memohon pertukaran ke sekolah yang diingini sekiranya mengetahui

terdapat kekosongan di sekolah tersebut?
Jawapan
Guru boleh memohon bertukar ke sekolah yang diketahui mempunyai kekosogan opsyen dan perjawatan. Namun begitu kelulusan akan mengambil kira bilangan permohonan ke negeri/PPD/sekolah tersebut berdasarkan peruntukan keseluruhan waran perjawatan negeri yang dimohon .


7.         Apakah alasan yang dipertimbangkan untuk lulus permohonan pertukaran?

Jawapan
Semua alasan yang dikemukakan oleh guru yang memohon bertukar akan dipertimbangkan, Walau bagaimanapun kelulusan masih tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.


8.         Apakah pertukaran suka sama suka boleh dilaksanakan?

Jawapan
Pertukaran suka sama suka dilaksanakan semasa jawatankuasa pertukaran memberi pertimbangan kelulusan. Dalam proses kelulusan tersebut, kriteria ini dinamakan sebagai tukar ganti (back to back). Dengan mengambil kira aspek opsyen yang sama dan tempoh perkhidmatan. Pertukaran suka sama suka tidak dilaksanakan di luar sistem e-GTukar.


9.         Adakah permohonan pertukaran saya akan diluluskan secara automatik sekiranya

pengetua/guru besar tidak menyokong permohonan tersebut?

Jawapan:
Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/gurubesar masih boleh dipertimbangkan. Permohonan tersebut boleh diluluskan oleh jawatankuasa pertukaran sekiranya kepentingan perkhidmatan di negeri dimohon lebih tinggi dari negeri khidmat semasa.


10.        Bolehkan saya membuat rayuan sekiranya permohonan pertukaran saya tidak

diluluskan?

Jawapan:
a) Permohonan yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula. dalam tempoh empat belas (14) haris selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan.
b) Permohonan rayuan semakan semula perlu dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan JPN yang dimohon seperti dalam permohonan asal di Modul e-GTukar untuk pertimbangan kelulusan JPN berkenaan.
c) Pemohon dibenarkan menghantar rayuan ke JPN khidmat semasa atau JPN dimohon.
d) Permohonan rayuan mestilah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar
e) Kelulusan rayuan semakan semula tidak boleh dibatalkan.


11.        Adakah saya boleh membatalkan kelulusan pertukaran seandainya saya tidak jadi

bertukar?

Jawapan
Keputusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.

12.        Sekiranya saya telah lulus pertukaran tetapi tidak melaporkan diri dalam tempoh yang

ditetapkan, apakah tindakan yang akan diambil terhadap saya?

Jawapan
Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melaporkan diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa- cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM . INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Febuari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.


13.        Bolehkah saya mendapatkan sokongan dari mana-mana pihak bagi tujuan pertukaran?

Jawapan
Seseorang guru atau penjawat awam adalah dilarang sama sekali mendapatkan sokongan dari pihak luar untuk kepentingan dirinya selaras dengan:
a) Perintah-perintah Am, Peraturan 4(2)(h), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993,
b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004;
c) Surat Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
d) Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan yang diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendana Menteri, Malaysia bertarikh 8 Mac 2010

Read more

Sektor Pengurusan Akademik

Pegawai Meja: En. Muhammad Ali bin Mat Sarif
Telefon: 03-5518 6236

FAQ UNIT TEKNIK & VOKASIONAL :

 

1.Soalan : Bagaimana proses permohonan & rayuan ke Sekolah Teknik atau Kolej Vokasional?

Jawapan: Permohonan & rayuan secara atas talian (On-Line) ke laman web: http://www.bptv.edu.my/v4/

Manakala untuk semakan keputusan permohonan melalui laman web : https://sptv.moe.gov.my/kvsmt_semakan2016/index.cfm

 

2.Soalan : Bagaimana kemasukan atau pemilihan murid untuk Pendidikan Asas Vokasional (PAV) & Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) di sekolah menengah harian?

Jawapan : Pengambilan murid untuk PAV (T1) hanya kepada ‘feeder school’ & PVMA (T4) hanya ditawarkan kepada murid sekolah menengah berkenaan sahaja.

Read more

Sektor Pembangunan Kemanusian

Unit Pusat Kokurikulum Negeri
 

1. Apakah jenis perkhidmatan yang disediakan di Unit Pusat Kokurikulum Negeri?

Pusat Kokurikulum Negeri menyediakan perkhidmatan mengendalikan aktiviti pendidikan luar, kemudahan penginapan, kemudahan tempat kursus, bengkel dan mesyuarat, kemudahan pinjaman peralatan pendidikan luar dan khidmat jurulatih bertauliah bagi aktiviti pendidikan luar.

2. Siapakah yang boleh menggunakan Pusat Kokurikulum?

Pusat Kokurikulum Negeri menyediakan perkhidmatan kemudahan tempat aktiviti, peralatan aktiviti dan kemudahan khidmat jurulatih kepada semua warga pendidikan mengikut keutamaan berikut:

1.1  Kementerian Pendidikan Malaysia
1.2  Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
1.3  Pejabat Pendidikan Daerah dan

1.4  Sekolah-sekolah di negeri Selangor

1.5 Warga pendidikan seluruh negara

 3.Adakah pihak luar daripada Kementerian Pendidikan Melaysia boleh memohon dan mengadakan aktiviti di Pusat Kokurikulum Negeri?

Ya, boleh. Keutamaan diberi kepada warga pendidikan sahaja, sekiranya terdapat kekosongan Pusat Kokurikulum juga menerima pihak luar seperti Kementerian selain KPM, Badan-badan Berkanun, Badan-badan GO dan NGO, IPT dan lain-lain tertakluk kepada kekosongan takwim di Pusat Kokurikulum Negeri dan kelulusan Pengarah Pendidikan Selangor.

4.Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan ini?
Semua pelanggan boleh berhubung terus dengan pihak Pusat Kokurikulum Negeri.
 

5. Apakah kemudahan yang terdapat di Pusat Kokurikulum Negeri?

Kemudahan yang terdapat di Pusat Kokurikulum Negeri ialah;

1.  Bilik mesyuarat (50 orang)
2.  Penginapan apartmen (80 orang)

3.  Penginapan asrama (300 peserta lelaki dan 300 peserta perempuan)

4. Tapak perkhemahan (250 peserta lelakidan 250 peserta perempuan)

5. Dewan (700 orang)

6. Podium (1000 orang)

7. Kemudahan aktiviti pendidikan luar seperti kayak, kolam renang, elemen aras tinggi, merunut hutan, memanah, ikhtiar hidup, dan sebagainya.

 
 
6. Program apakah yang sering dilaksanakan di Pusat Kokurikulum?

Program yang sering dilaksanakan di Pusat Kokurikulum ialah perkhemahan murid, aktiviti guru-guru. LADAP, Team Building, Hari Keluarga, mesyuarat, bengkel seminar dan sebagainya.

 

UnitPendidikan Pencegahan Dadah
 
1. Bagaimanakah prosedur jika murid ditangkap mengguna atau membawa dadah di sekolah?
Sekolah-sekolah boleh merujuk kepada buku Tatacara Tindakan Ke atas Kes-Kes Penggunaan  Dadah Di Kalangan Murid Di sekolah, Bahagian Sekolah KPM, 2005
2.Bagaimanakah tatacara terhadap murid yang membawa vape ke sekolah?
Tindakan yang sama seperti tacara terhadap rokok akan dikenakan terhadap murid tersebut.
 

Unit Kokurikulum

 

1. Siapakah yang layak menerima   Bantuan Pakaian Seragam ( BPS ) di sekolah?
Penerima BPS ialah murid tahun 6, tingkatan 2 dan tingkatan 4 di sekolah bantuan kerajaan yang ketua isi rumah telah berdaftar dengan   Bank Data Kemiskinan Nasional ( e Kasih ) dan telah dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar.
2. Adakah setiap pelajar perlu mempunyai perlindungan insuran semasa mengikuti aktiviti kokurikulum?
Semua murid yang mengikuti program kokurikulum telah terlindung dalam Skim Insuran Takaful Sekolah namun sekiaranya ingin mempunyai perlindungan sendiri maka ia adalah digalakkan. 
3. Adakah penyertaan dan pencapaian kokrukulum di peringkat antarabangsa yang ditaja sendiri akan diiktiraf dalam sisitem penilaian PAJSK ?
Hanya penyertaan dan pencapaian kokurikulum di peringkat antarabangsa yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja   akan diiktiraf untuk penilaian PAJSK.
4. Apakah kelayakan untuk masuk ke Sekolah Seni?
Kelayakan minima ialah 3B 2C dalam UPSR dan mempunyai bakat dalam bidang seni. Permohonan boleh dibuat secara online sekitar bulan Julai atau pada tarikh yang dimaklumkan oleh pihak sekolah.

 

 

Read more

Sektor Jaminan Kualiti

Pegawai Meja: En. Aspiyaan bin Mohamad Jamaludin
Telefon: 03-55107302

1.

Apakah itu ISO?

ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.  Organisasi  ini  adalah  sebuah  badan bersekutu yang menggabungkan  organisasi  dari seluruh  dunia  yang  bertanggungjawab  mewujudkan standard di negara masing-masing.  Ia  ditubuhkan  pada  27  Februari  1947  dan  beribu  pejabat  di  Geneva  Switzerland. ISO  9000  kini  digunakan dilebih 150 buah negara di dunia. Laman web ISO :http://www.iso.ch/iso/en/ISOOnline.frontpage

2.

Apakah maksud kualiti?

Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk adalah mudah diperolehi, tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut.

Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi perkhidmatan adalah ketepatan, keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, keboleh percayaan, jujur, cepat, responsif dan keselamatan. 

3.

Apakah perbezaan antara Kualiti dan ISO?

Kualiti ditafsirkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang hanya boleh dinilai oleh pelanggan. Kualiti boleh dicapai melalui kawalan kualiti (Quality Control) atau kepastian kualiti (Quality Assurance).

Kawalan kualiti  (Quality Control) adalah teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kualiti.

Kepastian kualiti (Quality Assurance) adalah tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan bagi memberikan keyakinan yang mencukupi bahawa produk atau perkhidmatan akan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan.

ISO 9000:2000 memberikan penekanan kepada perancangan, perlaksanaan dan pemantauan serta penilaian terhadap proses yang telah dilaksanakan.

4.

Apakah ciri-ciri MS ISO 9000:2000?

a.

Penambahbaikan berterusan.

b.

Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan.

c.

Mengambilkira keperluan undang-undang dan peraturan.

d.

Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan.

e.

Memastikan keberkesanan latihan.

f.

Analisa data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti. 

g.

Maklumat kepuasan/ketidakpuasan pencapaian sebagai
pengukuran pencapaian objektif kualiti. 

5.

Kenapa Pensijilan ISO perlu?

a.

Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku;  

b.

Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan; 

c.

Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali; 

d.

Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan

e.

Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan. 

   

  

    

6.

Apakah faedah Pensijilan ISO perlu?  

a.

Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana kakitangan dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap;

b.

Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil; 

c.

Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja;

d.

Membolehkan kakitangan menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya; 

e.

Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen. 

7.

Apakah pekeliling yang berkaitan dengan pelaksanaan MS ISO 9000?

a.

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2Tahun 1996 iaitu Garis Panduan bagi Melaksanakan MSISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam;

b.

Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1Tahun 1997 iaitu Panduan Tambahan mengenaiPelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Pensijilan Sistem Kualitioleh Agensi Kerajaan; dan

c.

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2Tahun 2002 iaitu Garis Panduan bagi Melaksanakan MSISO 9000:2000 dalam Perkhidmatan Awam.

Read more

Sektor Pendidikan Swasta dan Khas

Pegawai Meja: En. Mohmad Nazer bin Hasim
Telefon: 03-55189209

Soalan Lazim Sektor Pendidikan Swasta Dan Khas

Bagaimana proses penubuhan dan pendaftaran Institusi Pendidikan Prasekolah (Tadika )  Swasta

PROSES 1 KEMUKAKAN PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada:

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing atau Unit Pendidikan Swasta, JPN.

(U.P: Pegawai Pendidikan Swasta)

Dengan ringkas menyatakan tujuan penubuhan, alamat lengkap lokasi yang dipilih, alamat
surat menyurat dan nombor telefon yang mudah untuk dihubungi.

(Sila gunakan borang khas yang disediakan: BORANG BPS 1 -  PERMOHONAN 
PENUBUHAN INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA & BORANG 5F)

Permohonan hendaklah disertakan:

i.         Pelan lokasi lengkap (lakaran) kedudukan premis dan pandu arah kawasan 
sekeliling.

ii.         Pelan tapak bilik-bilik lengkap berukuran (lakaran).

iii.        Nama Tadika yang berada dalam 1 km keliling.

iv.        Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement).

v.         Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)

vi.        Kertas Kerja (Seperti Garis Panduan / Guna Borang Maklumat Permohonan)

PROSES 2 LAWATAN KESESUAIAN

Setelah semua maklumat disemak, dan pegawai bertugas mendapatinya lengkap, 
lawatan kesesuaian lokasi dan tapak (temujanji) boleh dijalankan.

PROSES 3 BORANG-BORANG PENDAFTARAN

Semasa lawatan lokasi dibuat jika didapati sesuai, borang-borang permohonan pendaftaran
institusi akan diberikan kepada pemohon.

Borang-borang yang dibekalkan ialah:

i.          Borang B (Kaedah 5) – Permohonan Untuk Pendaftaran Kendergarten 
            Dan Sekolah Asuhan

ii.         Borang C (Kaedah 5) – Permohonan Untuk Pendaftaran Sebagai pengelola 
            Atau Pekerja Kindergarten Dan Sekolah Asuhan

iii.        Panduan Surat Cara Pengelolaan – Subperaturan 3(2)

Segala urusan pendaftaran akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan.

PROSES 4 SURAT-SURAT SOKONGAN DARI AGENSI BERKAITAN

Agensi yang terbabit ialah:

i.          Pendaftar Perniagaan (ROB/ROC)

ii.         Pihak Berkuasa Tempatan

iii.        Jabatan Bomba dan Penyelamat

iv.        Pejabat Kesihatan

Pemohon diminta membuat carian nama Tadika dengan pihak SSM (ROB)  
dan menyerahkan keputusannya bersama kertas kerja kepadapihak 
Jabatan Pelajaran Selangor / PPD semasa membuat permohonan.

Urusan mendapatkan sokongan daripada agensi-agensi  yang dinyatakan adalah 
tanggungjawab pemohon sepenuhnya.

PROSES 5 SURAT KELULUSAN DAN TAWARAN SYARAT

Setelah proses 4 diselesaikan, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dengan 
syarat-syarat tertentu.

PROSES 6 SIJIL PERAKUAN SEMENTARA PENDAFTARAN

Sijil Perakuan Sementara Pendaftaran akan dikeluarkan setelah pemohon bersetuju dengan 
syarat yang dikenakan.

Klik disini untuk  mendapatkan borang

>Borang B (Kaedah 5)>

>Borang C (Kaedah 5) >

>Surat Cara Pengelolaan – Subperaturan 3(2)>

>Garis panduan melonggarkan syarat penubuhan >

>Borang BPS1 - Permohonan Penubuhan Institut Pendidikan Swasta>

>Borang BPS1 - Borang 5F>

>Borang Persetujuan Jiran>

>Permohonan Resit Bayaran>

Read more

Sektor Pendidikan Islam

Pegawai Meja: En. Mohd Bakhtiar bin Matal
Telefon: 03-55101314

Soalan Lazim Sektor Pendidikan Islam (Tarikh kemaskini 11/1/2017) 
     
    UNIT PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA
     
1.   Bagaimanakah saya ingin memohon masuk ke Tingkatan Satu dan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)?
     
    Permohonan ke tingkatan satu dibuat secara talian (online) bermula 1 September hingga 15 Oktober. Manakala tingkatan 4 permohonan secara manual dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun dari portal JPS atau di JPS/PPD selepas keputusan PT3
     
2.   Apakah syarat dan kelayakan permohonan ke SMKA?
   
  1. Menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Rendah kerajaan atau menduduki peperiksaan PT3 di SMKA/SABK/SMK Kelas Aliran Agama.
   
  1. Pemohon dan ibu/bapa/penjaga adalah warga Malaysia.
   
  1. Mendapat 6A dalam UPSR / sekurang-sekurangnya 4A dalam PT3
   
  1. Cemerlang dalam Ujian Khas Pemilihan ke SMKA/KAA atau PSRA kelolaan JAIS.
   
  1. Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.
     
3.   Bagaimana saya mengetahui keputusan permohonan saya ke SMKA?
     
    Keputusan permohonan ke Tingkatan1 SMKA akan dimaklumkan secara atas talian (online) melalui laman web KPM/JPN, bagaimanapun permohonan dianggap gagal sekiranya tidak menerima sebarang makluman selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan.
     
4.   Saya gagal untuk mendapat tempat tingkatan 1 di SMKA, adakah boleh membuat rayuan?
     
    Boleh. Rayuan atas talian dibuka  dalam tempoh sepuluh hari selepas keputusan diumumkan.
     
5.   Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan dalam permohonan ke Tingkatan 4 SMKA?
     
   
  1. Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
  2. Salinan KP ibu dan bapa pemohon.
  3. Salinan Keputusan PTK
  4. Sijil-sijil ko-kurikulum atau yang berkaitan.
     
6.   Adakah subjek KBD ditawarkan di SMKA ?
     
    Tidak. Subjek KBD hanya ditawarkan di SABK Sahaja
     
     
     
    UNIT PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM
     
1.   Adakah disediakan penceramah-penceramah tertentu apabila melaksanakan sambutan hari kebesaran?
     
    Pihak SPI, JPN Selangor mempunyai senarai nama penceramah yang bertauliah. Sila hubungi pegawai di Unit Dakwah, SPI JPN Selangor untuk mendapat maklumat lanjut.
     
2.   Bagaimanakah untuk mendapatkan bahan-bahan yang diterbitkan oleh Unit Dakwah ?
    Pihak  sekolah boleh menggunakan peruntukkan kewangan daripada yuran aktiviti agama / moral untuk aktiviti agama di sekolah.
     
3.   Apakah bahan dakwah yang diterbitkan oleh Unit Dakwah. Bagaimana untuk mendapatkannya?
    Unit Dakwah telah mengeluarkan beberapa bahan dakwah untuk kegunaan sekolah. Antaranya:
   
  1. Dalil Huffaz yang mengandungi surah-surah hafazan yang sesuai digunakan oleh pelajar SMKA dan KAA
   
  1. Mutiara Budi mengandungi tazkirah ringkas yang amat sesuai dibaca semasa perhimpunan pagi / petang khusus untuk murid.
   
  1. Inspirasi Minda mengandungi tazkirah ringkas yang amat sesuai dibaca semasa perhimpunan pagi / petang khusus untuk murid sekolah menengah.
   
  1. Bingkisan Ramadan mengandungi tazkirah berkaitan Ramadan.
   
  1. Jangan Hampiri Zina merupakan satu dialog remaja.
   
  1. Ikhtiar kerohanian Menghadapi Peperiksan mengandungi tips dan doa berkaitan peperiksaan.
    Pihak sekolah boleh mendapat bahan-bahan tersebut daripada Pejabat Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Islam) atau terus ke Unit Dakwah, JPN tertakluk kepada bahan yang masih ada.
     
     
     
    UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM
     
     
1.   Bagaimana saya ingin memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah?
    Borang boleh didapati sama ada di sekolah atau PPD. Hantar borang tersebut ke PPD. Calon akan dipanggil temuduga, calon yang berjaya akan ditempatkan di sekolah.
     
2.   Apakah prosedur pertukaran guru Pendidikan Islam?
   

Antara / Dalam Daerah / Antara Negeri:

Isi   maklumat  diri  dalam  eg-Tukar.  Hantar  permohanan pertukaran kepada  pengetua/guru besar untuk pengesahan. Cetak borang untuk simpanan pemohon.

3.   Berapakah peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Arab di Peringkat Menengah?
    Peruntukan masa minimum bagi mata pelajaran Bahasa Arab ialah 96 jam setahun. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2016
     
4.   Bolehkah pelajar Islam tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam ?
    Berdasarkan Surat Siaran KPM KP(BPPDP)604/004-02 Jld.17(82)pelajar beragama Islam dimestikan mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam.
     
5.  

Bagaimanakah agihan Jadual Waktu guru dibuat di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan kurang murid?

Contoh sekolah yang mempunyai seorang murid Islam dan seorang guru.

     
    Guru perlu memenuhi waktu minimum setahun Pendidikan Islam dan Tasmik terlebih dahulu iaitu sebanyak 96 jam + 32 jam (SK) atau 64 jam + 32 jam (SJK Tahap 1) atau 80 jam + 32 jam (SJK Tahap 1) sebelum dibenarkan mengajar mata pelajaran lain.
     
6.   Adakah program Tasmik perlu dilaksanakan dan dikira sebagi waktu rasmi guru?
     
    Program Tasmik mesti dilaksanakan kepada setiap murid Islam dan dikira sebagai waktu rasmi guru yang mengajar berdasarkan Pekeliling Bil. 13/2004 dan SPI Bil. 2/2015
     
7.   Bagaimanakah Jadual Tasmik sekolah dua sesi dilaksanakan?
     
    Setiap kelas diperuntukan 32 jam waktu minimum Tasmik setahun. Waktu Tasmik dimasukan di dalam jadual rasmi guru. Pihak sekolah boleh memilih salah satu pendekatan berikut:
  1. Disusun awal pagi sebelum jadual rasmi persekolahan.
  2. Dimasukkan dalam jadual waktu tanpa mengambil hak waktu mata pelajaran lain.
     
8.   Bolehkah jadual waktu Tasmik digabungkan bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) contohnya murid tahun 1 ada 2 orang dan murid tahun 2 ada 5 orang. Kelas Tasmik digabung dalam satu waktu yang sama  ?
     
    Tidak boleh kecuali sekolah kekurangan GPI atau masa GPI melebihi 32 petak/waktu seminggu
     
9   Adakah waktu Pendidikan Islam menjadi 128 jam setahun?
     
    Tidak. Pelaksanaan Pendidikan Islam kekal 96 jam waktu mengikut pekeliling KSSR SPI Bil. 2 2010. 32 jam  waktu Tasmik adalah waktu tambahan program j-QAF.
     
10   Bagaimana SPI Bil.2/2015 para 8.1 iaitu peranan Guru Bahasa Arab “mengajar mata pelajaran Bahasa Arab KBSR/KSSR dan model-model Program j-QAF (kecuali Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik)” perlu difahami ?
     
   
  1. Para 8.1 boleh dilaksanakan sepenuhnya sekiranya sekolah mendapat bekalan guru yang mencukupi mengikut opsyen pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
  2. GPI dan GBA boleh mengajar merentasi opsyen  sekiranya sekolah mendapat bekalan guru yang tidak seimbang mengikut opsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
  3. Guru Bahasa Arab perlu memenuhi keperluan Waktu Bahasa Arab terlebih dahulu sebelum mengisi kekosongan waktu Pendidikan Islam dan mata pelajaran lain.
  4. Pengasingan keperluan GPI dan GBA dalam norma baharu dibuat bagi memudahkan pengiraan norma guru dalam setiap mata pelajaran.
11   Mengapakah kelas pemulihan jawi tidak dilaksanakan dalam waktu P&P jawi sedangkan masih ramai murid yang belum menguasai ?
     
   
  1. Jawi bukan mata pelajaran.
  2. P&P pemulihan jawi dilaksanakan di luar jadual waktu dua kali setahun secara Kem.
  3. Satu kem dilaksanakan selama 2 hari (6 jam sehari) menggunakan modul  Kem Kecemerlangan Jawi (KCJ) yang menyamai 24 waktu.
12   Adakah Panitia Mata Pelajaran Bahasa Arab perlu ditubuhkan bagi sekolah kecil?
    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 1986 para 3.2.1 menyatakan bahawa sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran.
     
13   Sekiranya salah seorang GPI tiada di sekolah ketika kolaborasi, adakah perlu disediakan guru ganti?
    Ya
14   Bolehkah murid bukan Islam mengambil Mata Pelajaran Elektif Bahasa Arab di sekolah rendah ?
    Boleh jika sekolah tersebut ada menawarkan mata pelajaran elektif berkenaan.

Read more

Sektor Penilaian Peperiksaan

Pegawai Meja: Tn. Hj Johari bin Ahmad
Telefon: 03-55122148

Soalan Lazim Penilaian dan Peperiksaan
1.

Bagaimana mendapatkan salinan keputusan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak? 

a.

Surat sumpah atau laporan polis yang asal  perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk   membuat permohonan. Walau bagaimanapun surat  sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai  bukti

b. Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut 
i.   Nama penuh yang digunakan semasa mengambil
     peperiksaan
ii.   Nombor kad pengenalan lama dan baru 
iii.  Tarikh lahir 
iv.     Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka
     giliran
v.     Nama peperiksaan 
c.  Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan 
d.

Bayaran proses RM10.00 dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos ( Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’.  Cek persendirian tidak diterima 

2.  Permohonan terjemahan sijil 
a.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan perkhidmatan terjemahan sijil atau pernyataan ke dalam Bahasa Inggeris 

b. 

Bagi permohonan terjemahan sijil atau pernyataan, sila kemukakan salinan sijil atau pernyataan atau slip keputusan (sekiranya sijil atau pernyataan belum dikeluarkan oleh LPM. Laporan polis atau surat sumpah tidak diperlukan.

c. 

Bayaran proses RM10.00 dikenakan bagi setiap helaian terjemahan yang dipohon, bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos ( Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’. Cek persendirian tidak diterima.

d. 

Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter di aras bawah bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Blok E11, Parcel E Putrajaya, Jabatan Pendidikan Negeri  (Sektor Penilaian Dan Peperiksaan) atau laman web LPM, apps.emoe.gov.my 

e.  Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut: 
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5, BLOK E11
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRA JAYA.
(U/P : UPMPD – UNIT KECIL SIJIL
03-88843526/3528 
     
    Soalan Lazim UPSR 2016 Klik di sini>>

Read more

Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT

1. PEROLEHAN-Bagaimana pihak sekolah ingin membuat Perolehan ICT ?

Sekolah:  Pembelian menggunakan akaun sekolah tidak melebihi RM 50,000 setahun.

Rujukan:Pembelian melalui Jawatankuasa Pemandu ICT Jabatan Pendidikan Negeri (JPICT JPN)

Laman Web: jpnselangor.moe.gov.my/jpict

SPMICT JPN: 03-5518 6816/6119

Perolehan/Penggantian melalui BTPN Selangor: 03-5548 4477/ 4455 /4490

Perolehan bagi Sekolah Baharu: Unit Perolehan dan Pengurusan Aset, Jabatan Pendidikan Selangor: 03-5518 6124 /6125.

2. PENYELENGGARAAN- Sekiranya terdapat kerosakan Peralatan ICT di Sekolah?

Sekolah: Log in ke Support Ticketing System (STS), rujuk laman Web BTPN Selangor. Di bawah Kontrak Syarikat MHS Resources SDN BHD (Kontrak sehingga September 2016). 03-7859 1709/ 1710.

3. PELUPUSAN- Bagaimana tatacara pelupusan Aset ICT bagi sekolah/PPD/ Jabatan?

Bagi Sekolah/PPD/ Jabatan boleh merujuk kepada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset, Jabatan Pendidikan Selangor.

4. 1BESTARINET- Aduan berhubung masalah internet di sekolah?

Pihak sekolah boleh membuat laporan/aduan kepada YTL Comms untuk aduan berkaitan masalah internet di sekolah. 

Rujukan: Helpdesk YTLC: 018-799 8787. Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sistem ticketing YTLC: https://1bnselfcare.yes.my

5. DONGLE-Aduan Kerosakan kepada peralatan Dongle?

Pihak Sekolah boleh membuat laporan kepada PKG berhampiran/BTPN Selangor. 03-5548 4477/4455/4490.

6. DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT)- Bagaimana untuk mengisi Borang Akuan DKICT di Sekolah/PPD/Jabatan?

Sekolah: Borang DKICT perlu diisi dan disimpan di dalam fail peribadi masing-masing. Senarai nama yang telah diisi perlu dihantar ke PPD untuk direkod dan PPD akan memanjangkan senarai ke Jabatan untuk direkod dan dipanjangkan ke Bahagaian Pengurusan Maklumat, KPM. Pengisian hanya untuk pegawai baharu dan bertukar masuk sahaja.

PPD: Borang DKICT perlu diisi dan disimpan di dalam fail peribadi masing-masing. Senarai nama yang telah diisi dihantar ke Jabatan untuk direkodkan dan dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM.Pengisian hanya untuk pegawai baharu dan bertukar masuk sahaja.

 Jabatan: Borang DKICT perlu diisi dan disimpan di dalam fail peribadi masing-masing. Salinan borang yang telah diisi dihantar ke SPMICT untuk direkodkan dan dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM.Pengisian hanya untuk pegawai baharu dan bertukar masuk sahaja.

Rujukan: SPMICT JPN: 03-5518 6119.

7. E-MEL RASMI SEKOLAH/PPD/JABATAN- Status e-mel rasmi di sekolah/PPD dan Jabatan?

 Sekolah- Urusan rasmi menggunakan e-mel BTPNSEL. Urusan berkaitan PdP (VLE Frog) menggunakan emel YES. Rujukan: BTPN Selangor-03-5548 4477/ 4455/4490

Jabatan & PPD- Urusan rasmi menggunakan emel 1GovUC sahaja. Rujukan: SPMICT Jpn Selangor-03-5518 6816/ 6513

8. SISTEM GERAK STAF-Penggunaan Sistem gerak staf di Sekolah, PPD dan Jabatan?

Sekolah- Pengisian oleh Guru Besar & Pengetua. Rujukan: Pen. PPD ICT masing-masing.

PPD & Jabatan- Pengisian oleh semua kakitangan. Rujukan: SPMICT JPN Selangor-03-5518 6816/6513

9.PEMBEKALAN MAKMAL-Rujukan bagi sekolah yang menerima pembekalan makmal?

Sekolah- Chromebook- Aduan kerosakan pada Helpdesk YTL Comms.

Rujukan: Helpdesk: YTLC:018-799 8787. Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sistem Ticketing YTLChttps://1bnselfcare.yes.my. Pastikan nombor tiket direkod.

10. Masalah berkaitan talian perkakasan 1GOVNET( router dan bandwidth management )

Jabatan & PPD: E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Tel: 1-300-88-2888. Fax:03-8319 4775

11. Masalah bayaran bil internet selain 1Bestarinet seperti Celcom, TM dan lain-lain sebelum pemasangan 1Bestarinet.

Sekolah: Bagi tempoh interim dengan menggunakan Internet Service Provider(ISP) seperti Celcom, TM dan lain-lain dengan bil bulanan tidak melebihi RM 599.00. BTPN Selangor-03-5548 4477/ 4455/4490.

 12. Latihan/Kursus Sekolah/PPD/Jabatan?

Sekolah- Kompetensi: Kursus Literasi ICT/Digital, MS Office, Integriti dan lain-lain. Helpdesk: Unit Latihan JPN Selangor: 03-5512 1958.

Kursus Juruteknik Komputer: SPMICT JPN Selangor. Helpdesk: SPMICT JPN Selangor: 03-5518 6816/ 6119.

Kursus berkaitan PdP: Seperti penggunaan perisian PdP. Helpdesk: Unit ICT & Pengkomputeran SPA: 03- 5510 3215/03-5518 6236.

Kursus Teknikal ICT: SPMICT JPN Selangor: 03-5518 6816/6119

13. Lain-lain- Ketiadaan Juruteknik  Komputer di sekolah?

Sekolah: Pihak sekolah boleh menghubungi PPD masing-masing (Unit ICT) bagi mendapatkan bantuan juruteknik.

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Sistem maklumat yang menggabungkan 3 aplikasi utama dalam pendidikan iaitu Modul Pengurusan Sekolah (MPS), Modul Pengurusan Guru (MPG) dan Modul Pengurusan Murid (MPM).

2. Bilakan SPS mula dilaksanakan?

Mulai 1 Januari 2015 menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 21/2014 : Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bertarikh 24 Disember 2014.

3. Sektor manakah yang terlibat dalam Modul Pengurusan Sekolah (MPS)?

Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT menerusi Sistem Apikasi EMIS

4. Sektor manakah yang terlibat dalam Modul Pengurusan Guru (MPG)?

Sektor Pengurusan Sekolah menerusi Sistem Aplikasi e-Operasi

5.Sektor manakah yang terlibat dalam Modul Pengurusan Murid (MPM)?

Sektor Pengurusan Kemanusiaan menerusi Sistem Aplikasi APDM

6. Apakah yang dimaksudkan dengan SSO?

Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.

7. Apakah URL bagi mencapai SSO?

https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

8. Adakah pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan SSO melalui URL asal ( laman utama) mereka?

Ya, pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan menggunakan URL asal. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati semua kemudahan yang disediakan dalam SSO sekiranya mereka menggunakan URL tersebut.  

9. Adakah pengguna boleh mengakses lebih daripada satu sistem pada masa yang sama tanpa melalui laman SSO KPM?

Ya, tetapi pengguna perlu memasukkan sekali lagi ID pengguna dan password untuk log masuk ke sistem kedua dan seterusnya. Ciri SSO tidak boleh digunakan sekiranya pengguna tidak menggunakan laman SSO KPM untuk mengakses sistem berlainan pada masa yang sama.

10. Adakah SSO boleh digunakan oleh pengguna luar KPM yang mempunyai akses ke sesuatu sistem?

Tidak. Pada masa kini, penggunaan SSO hanya terhad kepada pengguna KPM yang berdaftar dengan menggunakan No KP dalam sistem dan sistem yang terlibat sahaja.

11. Bagaimanakah pengguna luar seperti ibu bapa dan wakil badan berkanun dapat mengakses sistem terlibat

Pengguna luar KPM boleh mengakses sistem melalui laman utama atau URL asal sistem tersebut.

12. Adakah SSO akan terus dibangunkan untuk sistem KPM lain?

Ya. KPM akan membangunkan ciri SSO untuk sistem lain yang akan dikenalpasti dan makluman berkenaan perkara ini akan dibuat melalui laman SPS dari semasa ke semasa.

13. Apakah pelan tindakan KPM untuk penambahbaikan SSO?

KPM akan memantau isu dan masalah yang dilaporkan sepanjang tempoh pelaksanaan versi beta dan membuat penambahbaikan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

 

14. Boleh permohonan data pendidikan dipohon melalui sektor ini ?

Boleh, data pendidikan boleh dipohon melalui sektor ini dengan mengemukan surat permohonan secara rasmi atau mengisi borang permohonan data di Unit Maklumat.

 

15. Berapakah tempoh masa yang diambil bagi setiap permohonan maklumat pendidikan?

Permohonan data dalaman akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja manakala permohonan data luaran dalam tempoh 5 hari bekerja

16. Senarai dan maklumat asas sekolah bolehkan dicapai melalui unit ini?

Maklumat asas sekolah boleh dicapai dengan melayari laman web JPN Selangor di alamat URL http://jpnselangor.moe.gov.my/

 

HELPDESK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

1. Modul Pengurusan Sekolah (MPS)?

Level 3 (Kementerian)

Sektor Data Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

03-8872 1457 / 03-8884 6545 / 03-8884 6066 / 03-8884 6225

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Level 2 (Jabatan : Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT)

En. Ezani Bin Yusoff

Penolong Pengarah Maklumat

Tel : 03-5518 9213, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Level 1 (PPD)

Penyelia Maklumat,

Unit Maklumat & ICT, Pejabat Pendidikan Daerah

2. Modul Pengurusan Guru (MPG)?

Level 3 (Kementerian)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah 03-88849346,

Sektor Pengurusan Sekolah Rendah 03-88849561

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Level 2 (Jabatan : Sektor Pengurusan Sekolah)

En Mohd Hanizzan Bin Mohd hanafiah (Menengah) 

Penolong Pengarah Data & ABM Menengah

Tel : 03-5518 6105, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

En Sharuazuar Bin Yusoff (Rendah) 

Penolong Pengarah Data & ABM Rendah

Tel : 03-5510 7844, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Level 1 (PPD)

Penolong PPD Sekolah Menengah & Rendah

Pejabat Pendidikan Daerah

3. Modul Pengurusan Murid (MPM)?

Level 3 (Kementerian)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah 03-88849346,

Sektor Pengurusan Sekolah Rendah 03-88849561

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Level 2 (Jabatan : Sektor Pengurusan Sekolah)

En Mohd Hanizzan Bin Mohd hanafiah (Menengah) 

Penolong Pengarah Data & ABM Menengah

Tel : 03-5518 6105, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

En Sharuazuar Bin Yusoff (Rendah) 

Penolong Pengarah Data & ABM Rendah

Tel : 03-5510 7844, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Level 1 (PPD)

Penolong PPD Sekolah Menengah & Rendah

Pejabat Pendidikan Daerah

4. Single Sign On (SSO)

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Borang Laporan Isu :https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php#

Read more

Sektor Psikologi dan Kaunseling

Pegawai Meja: Zulkifli bin Ibrahim
Telefon: 03-55186810

Soalan Lazim Sektor Psikologi dan Kaunseling
1. Apa itu SPsK?
  SPsK adalah singkatan bagi Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Selangor.
   
2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di SPsK?
 

SPsK menawarkan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling perkahwinan, kaunseling keluarga dan konsultasi dan bimbingan.

   
3. Apakah perkhidmatan lain selain dari kaunseling?
 

SPsK juga menyediakan alternatif lain seperti terapi seni, NLP, Latihan Pengurusan   Stress dan ujian psikologi.

   
4.

Bagaimana hendak mendapatkan perkhidmatan dari SPsK?

 

Melalui temu janji (03-55193390/03-55186810) walk in, e-mail (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

   
5. Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di SPsK?
 

SPsK mempunyai bilik-bilik sesi kaunseling individu, kelompok dan keluarga. Selain itu,terdapat sebuah bilik “distress centre” untuk membantu klien dalam menguruskan stress.

   
6. Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan di SPsK?
 

Kakitangan Jabatan Pelajaran Selangor dan ahli keluarga (anak/isteri).

   
7. Bolehkah guru sekolah mendapatkan perkhidmatan SPsK?
 

Guru sekolah juga boleh mendapatkan perkhidmatan di SPsK.

   
8. Adakah perkhidmatan di SPsK dikenakan bayaran?
 

Semua jenis perkhidmatan yang disediakan adalah percuma

   
9. Bilakah waktu perkhidmatan?
 

di SPsK dijalankan sepanjang waktu pejabat iaitu jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat

   
10. Bolehkah kaunselor merahsiakan cerita saya?
 

Sesi Kaunseling adalah rahsia dan semua kaunselor tertakluk kepada Akta 580 (Akta Kaunselor)

   
11. Adakah semua kaunselor tertakluk kepada Akta 580?
 

Semua kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling tertakluk kepada Akta 580, mereka perlu berdaftar dan mendapatkan lesen perakuan amalan dari Lembaga Kaunselor Malaysia

   
12. Adakah kaunseling mampu merawat penyakit mental?
 

Kaunseling hanya untuk individu yang normal. Klien yang mempunyai simptom-simptom ganguan mental akan dirujuk kepada pakar berkaitan. Kaunselor akan membuat bimbingan dan khidmat rujuk.

   
13.

Berapa lama sesi kaunseling berjalan?

 

Sesi kaunseling berjalan selama 40 minit hingga 1 jam untuk satu sesi.

   
14. Apakah ada jaminan masalah saya boleh diselesaikan melalu kaunseling?
 

Kaunseling adalah satu proses. Kaunselor akan membantu klien mencari jalan menangani isu yang dihadapi. Apa yang paling penting adalah tindakan klien untuk menghadapi isu tersebut.

Read more