selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama

Bidang Tugas :

  • Mengurus pelantikan, penempatan dan pertukaran guru di SMKA dan SABK Negeri Selangor
  • Merancang dan melaksanakan Program Peningkatan Profesionalisme bagi warga SMKA, SABK dan KAA Negeri Selangor.
  • Menyebarkan maklumat kurikulum kebangsaan yang diperolehi daripada KPM kepada semua SMKA, SABK dan Negeri Selangor.
  • Mengurus penempatan dan pertukaran murid SMKA, SABK dan KAA di dalam dan di luar negeri.
  • Memastikan data guru, murid dan kakitangan sokongan diurus dengan baik.
  • Memastikan data peperiksaan awam diperolehi dan dianalisis.
  • Memastikan pemantauan akademik dan sahsiah murid di SMKA, SABK dan KAA Negeri Selangor.
  • Meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid di SMKA, SABK dan KAA Negeri Selangor.
  • Menyelaras, mengurus dan menilai program khidmat bantu murid di SMKA dan SABK Negeri Selangor.
  • Memastikan pembangunan dan pengurusan bantuan SAR KAFA (PCG/pembangunan fizikal/latihan keguruan) diurus dengan baik.
  • Memastikan pembangunan fizikal di SMKA dan SABK Negeri Selangor dilaksanakan mengikut peruntukan yang diperolehi.

Cetak Emel