selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Pendidikan Swasta

Unit Pendidikan Swasta

Piagam Pelanggan

  • Memastikan permohonan pengurusan pendaftaran IPS yang lengkap dan memenuhi syarat perlu diproses dan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas menerima surat persetujuan daripada IPS berkenaan
  • Memastikan semua permohonan pengurusan pendaftaran guru IPS yang telah berdaftar lengkap dan memenuhi syarat untuk diproses dan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 45 hari selepas menerima resit daripada Unit hasil
  • Memastikan semua permohonan pembaharuan IPS yang telah berdaftar, lengkap dan memenuhi syarat perlu diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh terima permohonan
  • Memastikan semua permohonan pembaharuan permit mengajar IPS yang lengkap dan memenuhi syarat perlu diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh terima permohonan.
  • Memastikan semua permohonan pindaan syarat (pindah premis/pengubahsuaian) yang lengkap dan memenuhi syarat perlu diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat sokongan daripada Bomba dan Majlis Tempatan
  • Memastikan semua permohonan pindaan syarat (yuran, pengerusi dan kursus) yang lengkap perlu diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh terima permohonan

Perkhidmatan Diberi:

A: BIDANG PENDAFTARAN DAN PIAWAIAN

  • Fungsi Utama
  1. Memproses permohonan penubuhan, pendaftaran, pengendalian kursus, tambah atau ubah suai premis, pindah premis, jual atau ubah syarat serta pengurusan institusi.
  2. Memproses dan mengadakan lawatan, menjalankan pemeriksaan dan menjalankan aktiviti penaziran terhadap IPS untuk tujuan pendaftaran bagi menentukan semua peraturan, piawaian dan undang-undang dipatuhi
  3. Memproses dan meluluskan permohonan pendaftaran permit mengajar guru/pekerja IPS.
  4. Memproses permohonan pembaharuan pendaftaran institusi dan permit mengajar guru IPS
  5. Menguruskan permohonan pelantikan, pembatalan dan pewartaan pegawai-pegawai pendidikan JPN dan PPD bagi memenuhi kehendak perundangan di bawah Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550)
  • Fokus
  1. memastikan semua IPS yang beroperasi diberi kelulusan, berdaftar serta memperbaharui perakuan pendaftaran
  2. mempercepat urusan memproses semua jenis permohonan mengikut ketetapan piagam pelanggan
  3. memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada pelanggan dan pengusaha IPS bagi penubuhan, memperbaharui pendaftaran, kenaikan yuran, tambah atau ubah suai premis, jual atau ubah syarat serta tukar nama institusi.
  4. memantapkan pengurusan pendaftaran dan piawaian IPS sedia ada melalui borang-borang yang disediakan dan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut dasar-dasar pendidikan swasta.


B: BIDANG PENGUATKUASAAN

  • Fungsi Utama
  1. menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan terhadap IPS bagi memastikan dasar dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan dipatuhi
  2. mengesan kesalahan yang dilakukan oleh IPS dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikannya selaras dengan peraturan dan peruntukan perundangan pendidikan yang berkaitan
  3. mengenal pasti dan menangani isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan pendidikan swasta yang ditawarkan adalah berkualiti
  4. memantau media massa terutamanya akhbar-akhbar perdana, brosur, sepanduk dan sebagainya yang menyiarkan iklan, artikel dan rencana bagi memastikan IPS tidak menyalahi dasar dan peruntukan perundangan negara
  • Fokus
  1. merancang dan melaksanakan program pemantauan kualiti bagi mencapai matlamat semua IPS mematuhi peruntukan di bawah Akta Pendidikan 1996.
  2. melaksanakan aktiviti pemantauan dasar bersepadu dengan kerap terhadap IPS bagi memastikan setiap IPS mematuhi peruntukan perundangan yang berkaitan dan melaksanakan pendidikan yang berkualiti
  3. meningkatkan kecekapan pegawai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab melalui kursus dan latihan.
  4. melaksanakan aktiviti pemantauan dasar di media cetak dengan kerap terutamanya dalam akhbar-akhbar perdana
  5. menjalankan siasatan terhadap proses tindakan perundangan terhadap IPS yang melanggar peruntukan perundangan di bawah Akta Pendidikan 1996 bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi peruntukan perundangan yang berkaitan

Cetak Emel