selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sektor Jaminan Kualiti

Sektor Jaminan Kualiti

Fungsi Sektor Jaminan Kualiti:

  • Memberi layanan yang mesra dan sentiasa bersedia untuk membantuapabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami.
  • Memastikan semua dokumen kualiti dan dokumen sokongan sentiasa dikemaskini dan boleh dirujuk pada bila-bila masa apabila diperlukan.
  • Memastikan semua bahan terbitan Unit Kualiti adalah betul, tepat dan boleh dipercayai.
  • Memastikan pegawai dan kakitangan kami sentiasa cekap untuk memberi maklumat yang tepat dan cepat tentang Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).
  • Mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan kepada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan.
  • Membimbing pentadbir sekolah dalam urusan pentadbiran di sekolah supaya lebih cekap dan efisyen.

Perkhidmatan Diberi:

Sektor Jaminan Kualiti menyediakan pelbagai perkhidmatan yang melibatkan  perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan konsultasi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Perkhidmatan kami meliputi perkara-perkara berikut:

  • Perkhidmatan Konsultansi dan Bimbingan Sistem Pengurusan
  1. Konsultansi Pengurusan Kualiti
  2. Konsultansi Pengurusan Rekod
  3. Konsultansi Pengurusan Dokumen
  4. Konsultansi Pelaksanaan Audit Dalaman
  5. Konsultansi Kawalan Dokumen dan Rekod
  6. Konsultansi PengurusanGrafik Komputer
  7. Konsultansi Penyediaan Manual Prosedur Kerja
  8. Konsultansi Penyediaan Fail Meja
  9. ‘Coaching & Mentoring’ kepada Pentadbir Sekolah
  • Perkhidmatan Konsultansi dan Bimbingan Sistem Pengurusan Penerbitan Bahan Laporan dan Buletin Jabatan Pelajaran Selangor.
  • Perkhidmatan Konsultansi dan Bimbingan Sistem Pengurusan Pengumpulan dan Perkhidmatan Bahan.
  • Perkhidmatan Konsultansi dan Bimbingan Sistem Pengurusan Rujukan Sokongan (PKPA, Surat-surat Pekeliling, Buku Laporan Tahunan – sekolah, agensi kerajaan dan swasta
  • Perkhidmatan Konsultansi dan Bimbingan Sistem Pengurusan merakamkan peristiwa jabatan melalui gambar pegun (fotografi) dan video.
  • Perkhidmatan Konsultansi dan Bimbingan Sistem Pengurusan Pengumpulan dan penyenggaraan rekod-rekod dan dokumen-dokumen kualiti.
  • Perkhidmatan Konsultansi dan Bimbingan Sistem Pengurusan Urus setia Tetap bagi Mesyuarat Penyelarasan Jabatan Pelajaran Selangor, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) serta Mesyuarat Petugas Kualiti Jabatan Pelajaran Selangor.

Cetak Emel