selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Hal Ehwal Murid


Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memastikan anda:

  • Menerima layanan yang mesra, cepat dan berhemah bagi semua urusan di setiap unit di jabatan ini.
  • Menerima perkhidmatan yang cekap dan tepat serta sentiasa bersedia untuk membantu apabila anda Membuat tindakan susulan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan.
  • Mendapat maklumat yang lengkap dan jelas daripada mana-mana pegawai dan kakitangan kami bagi semua urusan perkhidmatan di jabatan ini.
  • Memperoleh kelulusan bagi setiap permohonan yang layak, lengkap dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
  • Berasa selesa dan berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan semasa menerima perkhidmatan yang diperlukan.
  • Memperoleh maklumat yang betul, lengkap dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.


Perkhidmatan diberi

  • Kaunseling
  1. Merancang, mengelola dan melaksanakan Program Kepimpinan Pelajar.
  2. Mengurus Program Lawatan dan Pertukaran Pelajar.
  3. Mengurus Program Pendidikan Kerjaya.
  4. Mengurus Pelaksanaan Program Maju Diri (PMD).
  5. Mengurus Pertandingan Aktiviti Pendidikan Kerjaya Sains dan Teknologi.
  6. Mengurus Program Perkembangan Ikhtisas Guru Kaunseling
  • Disiplin
  1. Merancang, mengurus, mengelola dan menyelia program, aktiviti pengayaan, pengukuhan, pencegahan dan pemulihan dan meningkatkan tahap disiplin di sekolah.
  2. Merancang, menyelaras seminar dan kursus bagi pengetua, guru besar, GPK HEM, dan guru disiplin.
  3. Menyelaras, menganalisis dan membuat tindakan susulan terhadap isu-isu kes salah laku murid
  4. Memberi khidmat bimbingan dalam proses rayuan untuk bersekolah semula kepada murid
  • Kesihatan
  1. Mengurus dan melaksanakan penyeliaan segala bantuan sekolah rendah dan sekolah menengah.
  2. Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
  3. Program Susu Sekolah (PSS).
  4. Menyelaras dan menyelia Program 3K serta pengurusan kantin sekolah.
  5. Membantu penyelarasan kegiatan tajaan NGO.
  • Asrama
  1. Mengurus, mengelola dan menyelia pelaksanaan dan kemasukan murid-murid ke asrama sekolah harian dan asrama sekolah luar bandar.
  2. Menghantar anggaran perbelanjaan makanan murid asrama.
  3. Mengurus dan memproses tender pembekalan makanan asrama ke Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Menghubungi kontraktor yang berjaya dan memberi taklimat berhubung dengan pengurusan pembekalan makanan ke asrama.
  5. Mengurus, mengelola dan menyelia pelaksanaan aktiviti murid asrama dalam bidang Sukan, Koakademik, dan Seni dan Budaya di peringkat negeri.
  • Skim Pinjaman Buku Teks
  1. Mengumpul dan memasukkan data maklumat murid-murid yang layak menerima SPBT ke dalam komputer.
  2. Membuat anggaran perbelanjaan mengurus pembelian buku teks pinjaman dan menghantar laporan kepada Bahagian Buku Teks, KPM.
  3. Mengurus, merancang pembelian dan penerimaan buku teks di sekolah.
  4. Mengurus pembayaran pembelian buku teks SPBT kepada pembekal buku.
  5. Mengurus dan memproses pelupusan buku-buku teks yang layak dilupuskan.
  • Kebajikan
  1. Pengurusan Biasiswa BKP/BKPU.
  2. Skim Bantuan Tuisyen (SBT) sekolah rendah dan Rancangan Makanan Skin Bantuan Tuisyen (RMSBT).
  3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
  4. Skim Insuran Takaful Pelajar.
  5. Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
  6. Bantuan Agensi Luar.
  7. Jaket Keselamatan Murid.

 

Cetak Emel