selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Sukan

 
Piagam Pelanggan

Kami, pegawai di Unit Sukan akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan berdasarkan aspek-aspek berikut :

  • maklumat perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan Sukan Sekolah Negeri Selangor.
  • maklumat dan pengurusan kemasukan atlet dalam kalangan murid ke Sekolah-sekolah Projek Sukan Kementerian atau Jabatan Pelajaran.
  • maklumat pengurusan kemasukan atlet ke kursus-kursus Sains Sukan sama ada di peringkat sijil / diploma dan ijazah.
  • menyediakan program pemilihan / latihan pusat kontinjen.
  • menyediakan khidmat nasihat program sukan.


Perkhidmatan diberi

  • mengurus kejohanan permainan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah negeri Selangor.
  • mengurus kemasukan atlet ke Sekolah Sukan Kementerian dan negeri Selangor.
  • mengendalikan dan menghantar guru-guru sukan ke kursus-kursus pengurusan sukan, kejurulatihan, sains sukan dan kursus profesionalisme sukan.
  • mengendalikan program pemilihan dan latihan pusat kontinjen ke peringkat kebangsaan.
  • memberi khidmat nasihat program sukan
  • membantu pengelolaan dan program sukan peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
  • memberi penghargaan dan anugerah kepada pihak pengurusan dan guru-guru cemerlang yang aktif di bidang sukan
  • Pengurusan dan penganalisisan data berkaitan dengan sukan.

 

Cetak Emel