selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Perhubungan & Pendaftaran

Unit Perhubungan & Pendaftaran

Piagam pelanggan

  • Memastikan Pendaftaran Sijil PIBG dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 27 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Memastikan permohonan agensi luar, menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar dan sekolah diproses dan diluluskan tidak melebihi 27 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Memastikan semua permohonan membuat kajian di sekolah perlu diproses dan diluluskan tidak melebihi 27 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Memastikan permohonan aktiviti di PPD yang melibatkan kutipan wang diluluskan tidak melebihi 27 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan permohonan pelajar bukan warganegara ke sekolah kerajaan diproses mengikut Akta Pendidikan yang telah ditetapkan
  • Memastikan semua permohonan pendaftaran PIBG, Logo Sekolah, Lencana Sekolah, Bendera Sekolah, Lagu Sekolah, Pakaian Seragam Sekolah dan Majalah Sekolah yang memenuhi syarat diluluskan pendaftarannya dalam tempoh masa 27 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
  • Memastikan semua hasil siasatan akan disampaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima
  • Pengendalian pengurusan protokol
  • Menyelaras jawapan soalan dewan
  • Menyelaras jawapan soalan parlimen
  • Menyelaras jawapan soalan Dewan Negara

Perkhidmatan diberi (Pendaftaran):

  • Pendaftaran murid bukan warganegara yang memohon untuk belajar di sekolah kerajaan
  • Pendaftaran murid warganegara yang balik dari luar negara untuk belajar di sekolah kerajaan
  • Pendaftaran PIBG sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
  • Prosedur menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kutipan wang oleh PIBG di sekolah.
  • Memberi kebenaran kepada agensi luar mengadakan aktiviti di sekolah dan kajian di sekolah
  • Menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima
  • Memastikan pengurusan protokol dipatuhi

Pengurusan sekolah berkaitan:

  • Tatacara Kutipan Yuran Sekolah
  • Kebenaran menerbit majalah sekolah
  • Menjalankan penggambaran di sekolah
  • Menjalankan kajian di sekolah
  • Menjalankan aktiviti di sekolah oleh agensi luar
  • Menggunakan premis sekolah
  • Menggunakan Tenaga Pakar Jurulatih Luar
  • Mematuhi protokol penjawat awam

Cetak Emel