selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Menengah

Unit Menengah

Piagam Pelanggan

Kami menjalankan tugas, berkhidmat dan bertindak dengan CEPAT , CEKAP , IKHLAS, MESRA dan BERTANGGUNGJAWAB dalam menguruskan

  • Keperluan Guru Sekolah Menengah
  • Penempatan Guru Baru
  • Pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih
  • Pertukaran Guru antara Daerah
  • Pertukaran Guru antara Negeri
  • Penempatan Pengetua dan Penolong Kanan
  • Pertukaran Murid antara dan dalam Negeri
  • Rayuan Murid Bersekolah Semula
  • Penempatan Guru antara Negeri dan dalam Negeri
  • Kes-Kes Khas berhubung dengan sekolah, guru dan murid



Agar wujud suasana harmoni dengan semua pihak yang berurusan dengan kami

Perkhidmatan Diberi:

  • Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran sekolah menengah yang cekap, kemas kini, moden, dinamik, progresif dan penyayang
  • Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap, amanah, mesra, kemas kini dan bertangungjawab.
  • Mempertingkat prestasi pengurusan pentadbiran sekolah menengah
  • Membantu mempertingkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum Sekolah Menengah bersesuaian dengan Matlamat Wawasan 2020
  • Menyemai nilai-nilai murni dan moral yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah menengah
  • Menyemai nilai-nilai kerja yang berdedikasi, berkualiti dan peka dalam kalangan guru-guru sekolah menengah


Fungsi utama

  • Mengurus pelantikan, penempatan dan pertukaran guru-guru menengah
  • Mengurus penempatan dan pertukaran murid di dalam dan di luar negeri
  • Menjalankan tugas penyeliaan sekolah bagi memastikan pengurusan sekolah menengah berjalan seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Menyediakan perbelanjaan kewangan tahunan Angggaran Belanjawan Mengurus bagi aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan unit
  • Mengadakan dan menyediakan data guru, murid dan kelas serta maklumat-maklumat yang berkaitan untuk kemudahan pengurusan dan perancangan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
  • Menjalankan siasatan terhadap segala aduan awam berhubung dengan pengurusan pentadbiran sekolah serta menyediakan laporan untuk tindakan seterusnya
  • Merancang dan melaksanakan Program Peningkatan Profesionalisme serta Program Perkembangan Staf bagi Pengetua, Penolong Kanan, Penyelia Petang, Ketua Bidang dan lain-lain.

Cetak Emel