selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Rendah

Unit Rendah

Piagam Pelanggan:

  • Memastikan semua urusan pertukaran guru terlatih (pertukaran guru di dalam negeri dan pertukaran guru masuk ke negeri selangor) disempurnakan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas mesyuarat panel.
  • Memastikan semua urusan penempatan guru baru disempurnakan dalam tempoh 21 hari selepas senarai nama diterima daripada KPM.
  • Semua urusan penempatan dan pertukaran murid yang memenuhi syarat dapat diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Perkhidmatan diberi :

Pengurusan Guru

  • Mengurus permohonan pertukaran guru terlatih antara negeri sekolah rendah bagi kelulusan bulan Januari dan bulan Jun pada setiap tahun.
  • Menguruskan penempatan bagi pertukaran guru antara negeri (masuk ke negeri Selangor) berdasarkan kekosongan di sekolah
  • Mengurus permohonan pertukaran guru terlatih dalam negeri (antara daerah) sekolah rendah bagi kelulusan bulan Januari dan bulan Jun pada setiap tahun
  • Menguruskan penempatan guru baru (KDPM/KPLI) berdasarkan kekosongan di sekolah
  • Menguruskan penempatan guru selepas cuti tanpa gaji, PJJ, NPQH, KSPK dan Program Pensiswazahan Guru Besar
  • Pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah rendah.
  • Pelantikan Guru Media/Perpustakaan.
  • Menguruskan pertukaran Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah.
  • Menguruskan permohonan Guru Besar Cemerlang DGA38 (KUP) dan Guru Cemerlang di sekolah rendah.



Pengurusan Murid 

  • Menguruskan dan melaksanakan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah.
  • Menguruskan kelulusan permohonan murid ke sekolah bantuan kerajaan (permohonan dari sekolah swasta dan keciciran persekolahan).
  • Menguruskan permohonan pertukaran bahasa pengantar (aliran sekolah).

Pengurusan Sekolah

  • Pemantauan berkala dan bersepadu ke sekolah rendah negeri Selangor.
  • Memastikan Guru Besar dan GPK baru diberi kursus dan latihan mengenai sistem pengurusan sekolah yang berkesan
  • Melaksanakan Kursus Pengurusan Prasekolah untuk guru baru dan pembantu pengurusan murid
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau pelaksanaan program peluasan prasekolah
  • Memastikan prasarana pendidikan prasekolah yang kondusif
  • Menentu dan memastikan kelayakan kelas, murid dan kelas di sekolah rendah mengikut kelulusan yang dibenarkan.

Cetak Emel