selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Tatatertib dan Keutuhan

Unit Tatatertib dan Keutuhan

Objektif

Mewujudkan dan menentukan satu sistem kawalan serta penyelenggaraan kes-kes tatatertib yang berkesan di setiap peringkat pentadbiran Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) bagi membentuk warga berdisiplin, bertanggungjawab dan berintegriti.

Fungsi

  • Pengurusan tindakan tatatertib/surcaj bagi pegawai JPS.
  • Pengurusan rayuan tatatertib/surcaj bagi pegawai JPS.
  • Pengurusan permohonan pemilikan tanah dan perisytiharan harta, permohonan melakukan pekerjaan luar, permohonan penglibatan aktif dalam politik dan penerimaan hadiah bagi pegawai JPS.
  • Mengendalikan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pemantapan keutuhan pengurusan, peningkatan tadbir urus dan pengurangan karenah birokrasi di JPS.


Tugas Utama

  • Mengendalikan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pemantapan keutuhan pengurusan, peningkatan tadbir urus dan pengurangan karenah birokrasi di JPS.
  • Menyelenggara kes tatatertib/surcaj.
  • Menyemak senarai nama pegawai yang diperakukan untuk urusan kenaikan pangkat / pemangkuan / persaraan / melanjutkan pelajaran / penerimaan pingat-pingat darjah kebesaran untuk tujuan tapisan.
  • Menyelenggara rayuan tatatertib dan pertimbangan semula surcaj.
  • Memproses permohonan pegawai untuk mendapatkan kelulusan melakukan pekerjaan luar.
  • Memproses permohonan bergiat aktif dalam politik.
  • Memproses permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memohon memiliki tanah kerajaan.
  • Memproses permohonan bagi mendapatkan kelulusan penerimaan hadiah pegawai awam.

Cetak Emel