selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Kewangan

Unit Kewangan

Objektif

Memastikan pengurusan kewangan dan akaun dilaksanakan mengikut Akta Prosedur Kewangan, pekeliling kewangan dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa.

Fungsi

Mengurus,menyelaras,mengawal dan melaksana tindakan susulan ke atas keperluan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) mengikut aktiviti dan memantau perbelanjaan dari peruntukan yang diluluskan.

Tugas Utama

  • Menyediakan Anggaran Belanja Tahunan (ABM), Perjanjian Program dan Perluasan Dasar Sedia ada mengikut aktiviti.
  • Menyelaras bantuan per kapita (PCG) di peringkat Jabatan dan urusan pembayaran melalui ‘EFT’.Mengurus dan menyelaras permohonan peruntukan tambahan serta agihan peruntukan dibuat mengikut aktiviti kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  • Memastikan semua pesanan tempatan melalui e-Perolehan dan e-SPKB disediakan dari tarikh nota minta di kunci masuk ke dalam sistem mengikut had kuasa berbelanja yang ditetapkan dalam arahan penurunan kuasa oleh Pegawai Pengawal.
  • Mengurus,memproses dan meluluskan pinjaman kenderaan dan pembiayaan komputer.
  • Mengurus,memproses dan menyediakan hal-hal gaji staf JPN, guru-guru ‘pool’/Jawatan Kumpulan dan guru KPM di sekolah JAIS.
  • Meluluskan permohonan perbelanjaan rawatan/perubatan.
  • Mengurus dan menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) diperingkat Jabatan secara sukuan tahun mengikut pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 tahun 2008.
  • Mengurus permohonan Tiket Kapal Terbang dan Penyelanggaraan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dan menguruskan sistem PUKAL.
  • Mengakses dan memastikan waran peruntukan yang diterima dikunci masuk ke dalam buku VOT.
  • Menyemak dan memantau semua terimaan/hasil, pengeluaran resit, direkod disah dan di bankkan pada hari yang sama atau hari berikutnya setiap kali urusniaga dilakukan mengikut prosedur Kewangan dan Akaun yang sedang berkuatkuasa.
  • Memastikan penyelanggaraan rekod Akaun Belum Terima (ABT). Tunggakan hasil Jabatan serta penyediaan laporan ABT secara bulanan dan penyedia jawapan teguran-teguran Audit.
  • Mengurus dan menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit peringkat Jabatan.
  • Menguruskan dan menyemak Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan.
  • Menyedia dan menyelia Penyata Penyesuaian vot,Hasil dan Amanah dalam masa 14 hari selepas menerima flimsi.

Cetak Emel