selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Naik Pangkat

Unit Naik Pangkat

Objektif

Memberikan perkhidmatan yang efisien berdasarkan pematuhan kepada Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 [P.U.(A) 151] dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 1974 [P.U. (A) 89] serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan urusan kenaikan pangkat


Fungsi

Mengendalikan urusan kenaikan pangkat samada secara Pemangkuan (Hakiki) atau Time Based (KUP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah dan Lepasan Diploma serta kakitangan sokongan termasuk urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan urusan elaun penanggungan kerja dan elaun tanggungjawab.


Tugas Utama

  • Mengendalikan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Secara Pemangkuan atau Secara Khas Untuk Penyandang.
  • Mengendalikan Urusan Kenaikan Pangkat Anggota Kakitangan Sokogan.
  • Mengendalikan Urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Guru bagi Sekolah Yang Mempunyai Kelas Tingkatan 6.
  • Mengendalikan Urusan Permohonan dan Pengesahan bagi Pegawai Cemerlang.
  • Mengendalikan Urusan Pengesahan Pengetua, Guru Besar dan Guru Cemerlang.
  • Mengendalikan Urusan Penyediaan Surat Pelantikan dan Surat Penempatan Bagi Jawatan-Jawatan Kenaikan Pangkat Di Sekolah.
  • Mengendalikan Urusan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tujuan Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pergerakan Gaji Tahunan.
  • Mengendalikan Urusan Permohonan Elaun Tanggungjawab dan Elaun Tanggung Kerja.
  • Mengendalikan Urusan Pencalonan Pingat atau Bintang Kebesaran.

Cetak Emel