selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Perolehan dan Pengurusan Aset

Unit Perolehan dan Pengurusan Aset


Objektif

  • Memastikan keperluan fizikal yang mencukupi dan berkualiti disamping mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selamat, ceria serta
  • melahirkan modal insan yang sihat dan berkualiti.
  • Memastikan pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan.

Fungsi

Mengurus dan menyediakan keperluan fizikal, perkhidmatan kawalan keselamatan, perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan, perkhidmatan makanan bermasak untuk asrama serta pengurusan aset alih kerajaan supaya lebih efisyen dan efektif bagi mencapai visi dan misi jabatan.

Tugas Utama

  • Merancang, menyedia dan menguruskan keperluan perabot dan peralatan bagi pembukaan institusi baru dan sekolah-sekolah sedia ada.
  • Menguruskan urusan tender serta memastikan perkhidmatan kawalan keselamatan, pembersihan bangunan dan kawasan serta pembekalan makanan bermasak di sekolah /
  • institusi pendidikan dilakasanakan dengan sempurna.
  • Melaksanakan pemantauan berkala terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal selia bagi menjamin mutu perkhidmatan mencapai standard serta berkualiti.
  • Memperkemaskini dan memantapkan pengurusan aset alih kerajaan.

Cetak Emel