selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit Pembangunan

Unit Pembangunan

Objektif

Menentukan permohonan projek institusi pendidikan diuruskan dan laporan prestasi fizikal
dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.


Fungsi

  • Menguruskan urusan pemilikan/pengambilan tanah untuk institusi pendidikan.
  • Memantau dan melapor pembinaan institusi pendidikan ke Kementerian Pendidikan Malaysia (SPP2).
  • Melaksana kerja-kerja selenggaraan di sekolah-sekolah dan asrama.
  • Menjadi unit perantara antara Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi-agensi luar dengan
  • sekolah-sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan.

Tugas Utama

  • Merancang, menyelaras dan mengawas kerja-kerja yang berkaitan dengan pembinaan projek pendidikan baru, tambahan dan gantian di negeri Selangor seperti yang dikehendaki oleh Rancangan-rancangan Malaysia.
  • Menyelaras permohonan peruntukan khas daripada sekolah-sekolah bantuan modal yang diajukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Menguruskan kerja-kerja selenggaraan (baik pulih, ubah suai dan naik taraf) sekolah rendah dan sekolah menengah dengan kerjasama Penyelaras Pembangunan di Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Menjadi unit perantara antara Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi-agensi luar dengan sekolah-sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan.

Cetak Emel