selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

VLE FROG

VLE

  1. Sebagai sebahagian daripada Projek 1BestariNet, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia kini dilengkapi dengan Frog VLE (PersekitaranPembelajaran Maya) secara percuma. Frog VLE ialah sebuah platform pembelajaran yang mesra pengguna dan merupakan sebuah gerbang kepada timbunan sumber pendidikan dan aplikasi yang menarik yang sedia ada dalam dunia Internet.
  2. Pelajar boleh mengakses Frog VLE untuk mendapatkan bahan untuk pembelajaran dan ulangkaji di mana jua tanpa mengira masa. Mereka juga boleh menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka disamping berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
  3. Frog VLE adalah sangat bermanfaat dan mudah digunakan
    -Pelbagai Widgets yang sangat berguna
    -Pembinaan laman pembelajaran dengan fungsi seret dan lepas
    -Berkolaborasi di mana jua tanpa mengira masa
    -Bukan sekadar mengajar sahaja.

Log masuk dengan 1BestariNet Yes ID anda dan alami Frog VLE dalam langkah mudah ini!
logmasuk1 logmasuk2 logmasuk3 logmasuk4 

ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal yang diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah akan membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.

Cetak Emel