selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pulang Daripada Luar Negara

SENARAI SEMAK DOKUMEN MURID WARGANEGARA BALIK DARI LUAR NEGARA :-

2 SALINAN dokumen bagi setiap item dibawah :
a. Sijil Kelahiran / Sijil Pengangkatan ( jika anak angkat)
b. Kad Pengenalan Ibu, Bapa & Anak (my kad / my kid)
c. Passport Ibu, Bapa & Anak
d. Sijil Pernikahan Ibu & Bapa ( sila sertakan surat hak jagaan anak sekiranya ibu bapa sudah berpisah ).
e. Surat Pengesahan ibu/bapa keluar negara
- Belajar : Surat Tawaran Biasiswa / Cuti Belajar
- Bertugas : Surat arahan balik untuk bertugas di Malaysia semula
f. Butir-butir persekolahan anak di luar negeri ( bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 & 5 sahaja )

 Nota :-
1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan perlu dihantar ke Unit Perhubungan & Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Selangor.
2. Permohonan bersekolah tahun semasa akan diproses selewat-lewatnya 14 hari bekerja mulai daripada tarikh permohonan diterima di Unit Perhubungan & Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Selangor.
3. Permohonan bersekolah tahun berikutnya perlu dihantar mulai 01 Disember.
4. Bagi urusan Surat Penempatan, perlu merujuk ke Unit Rendah / Unit Menengah (mana yang berkenaan ) untuk maklumat lanjut.

Cetak Emel