selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Prasekolah

PRA SEKOLAH

Pengenalan
Prasekolah bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Pemilihan Murid
Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas prasekolah adalah seperti Surat PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KPM TAHUN 2018 bertarikh 15 Februari 2017 (No Ruj: KPM.600-1/4/12 JLD2 (39) ).
Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, GPK Pendidikan Khas/Guru Pendidikan Khas (jika berkenaan), Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

Bantuan Murid
Bantuan makan murid (RM2.00 sehari bagi Semenanjung / RM2.25 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)

Manual Dan Garis Panduan
Manual e-Pra
Garis Panduan Pakaian Murid Prasekolah

Senarai Pra Sekolah Selangor

 

 

Cetak Emel