selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH MENENGAH

DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN 

  1. Empat Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
  2. Salinan surat beranak murid
  3. Salinan K/P murid
  4. Salinan K/P  ibu bapa atau penjaga
  5. Salinan surat nikah/perakuan Pendaftaran Perkahwinan ibu bapa
  6. Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah
  7. Surat Daftar Anak Angkat mengikut Seksyen 25 Akta Pengangkatan 1952 (jika anak angkat)
  8. Salinan Bil Utiliti(Elektrik, air, Astro, telefon dan cukai tanah)

Dokumen Tambahan :

  1. Laporan Disiplin pelajar jika pelajar ini mempunyai masalah disiplin.
  2. Laporan kaunseling jika pelajar ini pernah dirujuk ke Kaunselor (sekiranya pelajar ini tidak ada kaitan dengan para 1 dan 2 di atas, sila nyatakan pelajar ini tidak ada masalah disiplin/kaunseling, laporan tidak perlu disediakan).

Nota

  1. Empat salinan dihantar ke PPD/JPN yang berkenaan untuk mendapat kelulusan dan satu salinan untuk simpanan sekolah.
  2. Bagi sekolah menengah, sila nyatakan mata pelajaran elektif untuk PT3/pakej SPM dalam lampiran berasingan
  3. Bagi calon PTS/UPSR/PT3/SPM/STPM, sila pastikan permohonan pertukaran pusat peperiksaan diuruskan.

DOKUMEN URUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID (SEKOLAH AGAMA/SEKOLAH PERSENDIRIAN/MOHON BELAJAR SEMULA) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (ASBS)

  1. Empat salinan Borang ASBS
  2. Satu salinan surat beranak pelajar
  3. Satu salinan K/P pelajar
  4. Satu salinan K/P ibu/bapa atau penjaga
  5. Satu salinan surat berhenti sekolah rendah/menengah
  6. Satu salinan keputusan peperiksaan PT3 dan UPSR
  7. Satu salinan surat nikah ibu bapa
  8. Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah (jika berkenaan)
  9. Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan)

 

Cetak Emel