selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Murid Bukan Warga Negara

URUSAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN

SENARAI SEMAK DOKUMEN MURID BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA MENGIKUT TURUTAN:
3 SALINAN asal Borang P.U(A)275 ( warna merah jambu) – hanya 1 salinan asal diberi, 2 salinan lagi perlu dibuat sendiri oleh pemohon.
2 SALINAN dokumen bagi setiap item di bawah:
a.Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat ( jika anak angkat)
b.Kad Pengenalan Ibu & Bapa ( serta anak sekiranya ada kad pengenalan Pemastautin Tetap)
c.Passport Ibu, Bapa & Anak yang terkini ( tarikh tamat tempoh tidak kurang daripada 6 bulan )
d.Permit Masuk Ibu & Bapa
e.Pass Perjalanan Ibu, Bapa & Anak yang terkini ( tarikh tamat tempoh tidak kurang daripada 3 bulan )
   - Dependent Pass
   - Visit Pass (Malaysian Second Homes)
   - Resident Pass
   - Visit Pass ( pasangan kepada warganegara/ anak kandung kepada warganegara / anak tiri kepada warganegara )
f.Pass bekerja Ibu / Bapa yang terkini ( tarikh tamat tempoh tidak kurang daripada 3 bulan)
  – hanya Employment Pass Kategori I & II sahaja yang diterima
g.Surat Pengesahan Kerja Daripada Majikan / Surat Tawaran Jawatan
h.Slip Peperiksaan SPM – untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 sahaja
i.Sijil Nikah / Cerai / Mati ( sila sertakan surat hak jagaan anak sekiranya ibu bapa sudah berpisah)
j.Bukti Permohonan Taraf Kewarganegaraan - Borang B ( Perkara 15 A ) – jika berkaitan.

Nota :
a.Borang P.U(A) 275 (warna merah jambu) boleh diperolehi di sekolah/Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Selangor.
b.Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan atau ke Unit Perhubungan & Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Selangor.
c.Permohonan bersekolah tahun semasa akan diproses selewat- lewatnya 21 hari BERKERJA mulai daripada tarikh permohonan diterima di Unit Perhubungan & Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Selangor.
d.Permohonan bersekolah tahun berikutnya perlu dihantar mulai 01 NOVEMBER, manakala keputusan akan dikeluarkan mulai 15 JANUARI tahun berikutnya.
e.Permohonan ke Tingkatan 6 perlu dihantar seminggu selepas keputusan SPM dikeluarkan.
f.Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke talian 03-5518 6208 Unit Perhubungan&Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Selangor.

 

Cetak Emel