selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Soalan-soalan lazim berkaitan dengan kemasukan ke sekolah berasrama penuh(SBP)

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

  1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?

Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my. 

  1. Siapakah yang boleh memohon? 

Murid Tahun Enam 2018 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) atau Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. 

Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. 

  1. Bolehkah murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?

SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja. 

  1. Bilakah permohonan mula dibuka?
  2. Permohonan akan mula dibuka apabila Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) mengeluarkan iklan di portal KPM
  1. Apakah syarat minimum kelayakan untuk memohon SBP? 

Tiada kelayakan minimum untuk permohonan ke SBP. Pemilihan murid adalah berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk masuk ke SBP. 

  1. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?

 Permohonan boleh dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan. 

  1. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?

Murid hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.

  1. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?

Murid perlu merujuk kepada pihak BPSBPSK jika akses disekat dan membuat semakan di pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.

  1. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia. 
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK) 
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP 
  • Murid cemerlang akademik 
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

        Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia. 
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. 
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain). 
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS). 
  • Murid aktif dalam kokurikulum. 

    10a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model Ulul Albab)?

          Murid masih perlu mengisi permohonan secara dalam talian. 

          b)Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

  Murid yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Murid yang telah dikenalpasti ini akan                 dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan. 

  1. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?

Murid masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

  1. Adakah murid perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?

Murid tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (UKSBP)

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)?

UKSBP adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP dan dilaksanakan kepada murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

  1. Apakah kelayakan minimum untuk murid memduduki UKSBP?

Semua murid yang membuat permohonan dalam talian kemasukan ke SBP layak untuk memduduki UKSBP.

  1. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

        Murid yang Berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk SBP.         

  1. Dimanakah UKSBP akan dijalankan dan bagaimana untuk menyemak keputusan pusat UKSBP?

UKSBP akan dijalankan di 155 pusat di seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan melalui sekolah dan portal Jabatan Pendidikan Selangor.

   17. Berapa lamakah jangkamasa UKSBP dijalankan dan berapakah bilangan soalan UKSBP yang perlu dijawab oleh murid?

Jangkamasa ujian adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

  1. Bagaimanakah perjalanan UKSBP di pusat ujian yang telah ditetapkan?

UKSBP akan dijalankan dalam 3 sesi setiap hari di pusat ujian. Bilangan murid untuk setiap sesi sudah ditentukan oleh pihak BPSBPSK dan Pentadbir Pusat Ujian. 

  1. Jika murid berada di luar kawasan ketika tarikh UKSBP berlangsung, bagaimanakah caranya untuk murid mengambil ujian tersebut? 
  1. Dalam negara 

Murid boleh menduduki UKSBP di pusat yang berdekatan jika berada di dalam negara. Murid hanya perlu membawa bersama slip menduduki peperiksaan yang telah dicetak. 

  1. Luar negara 

Murid diberi peluang untuk ambil ujian dalam mana-mana sesi sepanjang ujian berlangsung. Jika masih di luar negara pada tarikh tersebut, murid berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. 

  1. Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN KE SBP

  1. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui? 

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP belum ditetapkan tarikh.

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP belum ditetapkan tarikh. 

E-RAYUAN DAN PERMOHONAN BARU KE SBP

  1. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP? 

Murid yang tidak membuat permohonan secara dalam talian dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.

 Murid boleh membuat permohonan baru apabila e-Rayuan dibuka. 

  1. Bilakah e-Rayuan dibuka? 

e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.

  1. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?

 Murid yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan murid yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my 
  • Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4. 
  • Masukkan angka giliran UPSR/PT3. 
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan. 
  • Klik pada e-rayuan. 
  1. Bolehkah murid yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?

Boleh. Walaubagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.

SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SBP

  1. Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?

Semakan boleh dibuat melalui : 

  • Laman sesawang KPM: www.moe.gov.my 
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan  Sekolah Kecemerlangan, KPM 
  • Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400 
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran. 
  • Semakan melalui SMS
  1. Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku? 

Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai rujukan pemohon.

PERMOHONAN YANG BERJAYA KE SBP

  1. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?
  • Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
  • Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  • Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut. 
  1. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP? 

Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan. 

  1. Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan? 

Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan. 

  1. Bolehkah murid menukar aliran? 

Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.

SBP DAN MRSM

  1. Sekiranya telah membuat permohonan ke SBP, bagaimana untuk membatalkannya kerana ingin memohon ke MRSM? 

Murid boleh memaklumkan kepada pihak Bahagian melalui surat rasmi menyatakan pembatalan permohonan ke SBP. Jika tawaran telah dibuat, murid boleh menolaknya dan mencetak surat pelepasan ke MRSM. Walaubagaimanapun, jika penolakan telah dibuat, murid tidak akan ditawarkan lagi kemasukan ke SBP dan permohonan rayuan tidak akan dilayan.

  1. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau MRSM? 

Ya. Setiap murid akan menerima hanya satu tawaran permohonan sahaja sama ada dari KPM atau MARA. Namun begitu, murid masih berpeluang ditawarkan ke MRSM jika menolak tawaran dari SBP.

PAKEJ MATA PELAJARAN DI SBP

  1. Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP?
  1. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP adalah seperti berikut:

SAINS

   AGAMA

KBT (TMUA)

 

· Bahasa Melayu

· Bahasa Melayu

· Bahasa Melayu

· Bahasa Inggeris

· Bahasa Inggeris

· Bahasa Inggeris

· Sejarah

· Bahasa Arab

· Bahasa Arab

· Pendidikan Islam /

· Sejarah

· Sejarah

Pendidikan Moral

· Pendidikan Islam

· Pendidikan Islam

· Matematik

· Matematik

· Matematik

· Sains

· Sains

· Sains

· Geografi

· Geografi

· Geografi

· Asas Sains Komputer /

· Asas Sains Komputer /

· Asas Sains Komputer /

Rekabentuk Teknologi

Rekabentuk Teknologi

Rekabentuk Teknologi

· Bahasa Antarabangsa:

· Bahasa Antarabangsa:

· Hifz Al-Quran

(*Pilihan: Bahasa Arab

(*Pilihan: Bahasa Jepun

· Maharat Al-Quran

Komunikasi / Bahasa

/ Bahasa Perancis /

· Bahasa Antarabangsa:

Jepun / Bahasa

Bahasa Jerman /

(*Pilihan: Bahasa Jepun

Perancis / Bahasa

Bahasa Cina

/ Bahasa Perancis /

Jerman / Bahasa Cina

Komunikasi / Bahasa Korea

Bahasa Jerman /

Komunikasi / Bahasa Korea

 

Bahasa Cina

 

 

Komunikasi / Bahasa Korea

 

b. Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP adalah seperti berikut :

SAINS

 

SAINS TULEN

 

SAINS

 

AGAMA

 

SAINS

TULEN

 

AGAMA

 

TEKNIKAL

 

IKHTISAS

 

SOSIAL

 B. Melayu

 

 B. Melayu

 

 B. Melayu

 

 B. Melayu

 

 B. Melayu

 B. Inggeris

 

 B. Inggeris

 

 B. Inggeris

 

 B. Inggeris

 

 B. Inggeris

 Sejarah

 

 Sejarah

 

 Sejarah

 

 Sejarah

 

 Sejarah

 Pend. Islam /Pend. Moral

 

 Matematik

 

 Pend. Islam / Pend. Moral

 

 Matematik

 

 Pend. Islam

 Matematik

 

 B. Arab

 

 Matematik

 

 Sains

 

 Matematik

 Matematik Tambahan

 

 Pend. Al- Quran dan Sunnah

 

 Grafik Kamunikasi Teknikal

 

 B. Arab

 

 Sains

 Fizik

 

 Pend. Syariah Islamiah

 

 Asas Kelestarian

 

 Pend. Al- Quran dan Sunnah

 

 Prinsip Perakauan

 Kimia

 

ü Matematik

Tambahan

     

 Pend. Syariah

 

 Ekonomi

 Biologi

             

 Matematik Tambahan

*Kemaskini: 10 Ogos 2018

Cetak Emel