selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Bersekolah Semula

Berdasarkan kepada perkara 10(1) Ordinan Pelajaran 1957, pelajar yang telah dibuang sekolah boleh merayu untuk bersekolah semula di Pejabat Pendidikan Daerah dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat buang sekolah dikeluarkan.

SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA SESI RAYUAN:-
1.Surat Buang Sekolah
2.Surat Rayuan daripada ibu/bapa/penjaga murid yang ditujukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah:
a. Menyatakan sebab-sebab memohon bersekolah semula di dalam surat rayuan berkenaan.
b. Salinan Kad Pengenalan/Sijil lahir/Pasport murid.

Nota :-
1.Rayuan perlu dibuat di PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
2.Ibu bapa/penjaga perlu terlebih dahulu menghubungi PEGAWAI RAYUAN di Pejabat Pendidikan daerah untuk mendapatkan TARIKH serta MASA TEMUJANJI SESI RAYUAN.
3.Ibu bapa/penjaga perlu mengisi BORANG RAYUAN BERSEKOLAH SEMULA(RBS) yang HANYA boleh didapati di UNIT HAL EHWAL MURID, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH.
4.Hanya ibu/bapa/penjaga murid yang sah sahaja boleh bertemu pegawai rayuan semasa sesi rayuan berjalan.
5.Murid perlu hadir bersama semasa proses sesi rayuan dan berpakaian lengkap seragam sekolah.

 

Cetak Emel