selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Aplikasi Mudah Alih Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) Untuk Kegunaan Pelajar Sekolah

Untuk makluman, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) adalah merupakan sebuah agensi Kerajaan yang berperanan menjalankan penyelidikan serta perundingan berkaitan dengan air dan alam persekitaran. Sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan maklumat¬maklumat berkaitan perkara tersebut kepada masyarakat umum, NAHRIM telah mengambil inisiatif membangunkan aplikasi bagi alat mudah alih (mobile apps). Aplikasi ini telah dilancarkan pada tahun 2015 oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dikongsikan melalui halaman google play store dan apps store bagi pengguna dalam pelbagai media telefon pintar dan peranti mudah alih.

Aplikasi ini merupakan satu pendekatan supaya masyarakat dapat mendekati dan menghayati perkara-perkara berkaitan air dan alam persekitaran mereka dan turut serta bagi menjaga kelestariannya.

Tujuan aplikasi ini juga adalah untuk mewujudkan kesedaran bagi menjaga alam persekitaran di kalangan pelbagai lapisan masyarakat khususnya para pelajar.

                                                                                     e poster aplikasi mudah alih 003

Mobile Apps NAHRIM

Bil.

Apps

Keterangan

1.

NAHRIM Hydroclimate 
Projection for Malaysia

Aplikasi ini memberi nilai anggaran purata dan unjuran hujan dan suhu udara bagi tahun 1970-2000, 2011­-2040, 2041-2070, 2071-2100 pada sebarang kedudukan telefon anda berpandukan GPS.

2.

NAHRIM Sea Level Rise Projection for Malaysia

Aplikasi ini memberi maklumat unjuran kenaikan aras laut di pelabuhan-pelabuhan utama dan muara sungai di Malaysia mengikut tahun 2020, 2040, 2060, 2080 dan 2100 berdasarkan kajian NAHRIM.

3.

NAHRIM Physical Modelling Scaling Calculator

Aplikasi ini memudahkan pengiraan parameterhidraulik ketika melakukan kajian pemodelan fizikal dalam makmal.

4.

NAHRIM Groundwater — MYPLOP

Aplikasi ini memberi malumat mengenai air tanahGabungan elemen hiburan dan pendidikan yang dipanggil sebagai edutainment. MyPlop dibangunkan bertujuan untuk mendidik dan menghiburkan kumpulan sasaran pengguna (para pelajar  dan pengguna muda) mengenai air tanah.

5.

Clean The Water

Aplikasi ini menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan yang dipanggil edutainment. Clean the Water dibangunkan bertujuan untuk mendidik p

Cetak Emel