selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Unit HRMIS

Unit HRMIS

Objektif

    • Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat sumber manusia yang lengkap.
    • Mengautomasikan proses-proses operasi pengurusan sumber manusia.
    • Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini.
    • Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window.
    • Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less.
    • Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Visi

  • Menjadikan HRMIS aplikasi unggul dalam pengurusan sumber manusia sektor awam bertaraf dunia melalui kecanggihan ICT selaras dengan wawasan kerajaan.

Misi

    • Memastikan semua agensi dalam sektor awam melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Elektronik.
    • Memastikan HRMIS sentiasa relevan dalam pengurusan sumber manusiasektor awam melalui penambahbaikan berterusan.

Fungsi

  • Mengupayakan fungsi dan peranan Unit HRMIS di Jabatan Pendidikan Selangor dalam membantu menyelaras, melaksana, memantau aktiviti peluasan dan pelaksanaan modul dan submodul HRMIS di peringkat negeri.

TUGAS UTAMA

    • Merancang, melaksanakan dan memantau pelan strategik pelaksanaan HRMIS di peringkat JPN, PPD dan sekolah-sekolah di bawah JPN bagi peluasan modul/submodul dan meningkatkan peratusan kepenggunaan dan pencapaiakn HRMIS KPM selaras dengan perancangan Urusetia HRMIS di BPSM, KPM dan sejajar dengan amalan terbaik dasar pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam. 
    • Merancang, melaksanakan dan memantau pelaksanaan pengemaskinian data asas HRMIS di peringkat JPN, PPD dan sekolah-sekolah di bawah JPN bagi memelihara integrity data HRMIS dan memastikan data adalah sentiasa dikemaskini. 
    • Mengkaji keperluan latihan/bengkel, melaksanakan dan memantau pelaksanaan latihan/bengkel dan menganalisa keberkesanan latihan/bengkel mengenai penggunaan 44 modul/submodul HRMIS ke seluruh agensi JPN (PPD dan Sekolah) bagi memastikan proses sumber manusia pada modul/submodul HRMIS dapat berjalan dengan lancer seperti yang ditetapkan oleh pihak Urusetia HRMIS, KPM. 
    • Merancang dan melaksanakan pelan strategik promosi penggunaan modul/submodul HRMIS di peringkat JPN, PPD dan sekolah-seklah di bawah JPN bagi memastikan penggunaan modul/submodul HRMIS adalah menyeluruh. 
    • Memantau dan menentusahkan kesediaan infrastruktur bagi pelaksanaan HRMIS di peringkat JPN, PPD dan Sekolah-sekolah di bawah JPN agar peluasan modul/submodul HRMIS berjalan dengan lancar. 
    • Membantu menyelaras perkhidmatan teknikal dan meja bantuan dalam menyelesaikan masalah pengguna berkaitan pengoerasiaan aplikasi, mengenalpasti punca permasalahan, melaksanakan pelaporan dan menyediakan pelan tindakan alternative kepada pengguna untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh mengenai modul/submodul HRMIS (menggerakkan Meja Bantuan @ Helpdesk di peringkat negeri). 
    • Menyediakan, menyemak dan menganalisa data HRMIS bagi tujuan pelaporan bagi kegunaan JPN, PPD, Sekolah dan PSM dalam melaksanakan dasar dan arahan pengurusan sumber manusia kementerian. 
    • Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan HRMIS dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja HRMIS bagi membincangkan dan menyelesaikan isu/masalah berkaitan HRMIS diperingkat JPN, PPD dan Sekolah. 
    • Menguruskan perbelanjaan peruntukan kewangan bagi tujuan pelaksanaan latihan dan bengkel untuk peluasan modul/submodul HRMIS selaras dengan pelan strategik pelaksanaan pengurusan sumber manusia.

Cetak Emel