selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sejarah/Latar Belakang

Latar Belakang PPD

Pejabat Pendidikan Daerah Sepang ( PPD Sepang ) ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950 bagi mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di daerah Sepang.

Pejabat Pendidikan Daerah Sepang ( PPD Sepang ) telah mula beroperasi pada 16 Februari 2002 di Sekolah Kebangsaan Salak (Bangunan Pejabat PPD Kuala Langat/Sepang cawangan Sepang). Mulai Mei 2002 PPD Sepang Telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi 2 (SK Taman Seroja sekarang) dengan menggunakan 5 buah bilik darjah sebagai bangunan pentadbiran utama manakala Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan beroperasi di pejabat asal di Sekolah Kebangsaan Salak. Kini, PPD Sepang beroperasi di premis baru iaitu; No 42 dan 44, Jalan mawar 1B, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi mulai 1 Januari 2010. Pejabat ini ditadbir oleh seorang Pegawai Pelajaran Daerah dan dibantu oleh tiga Penolong Pegawai Pelajaran Daerah mewakili Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan Akademik dan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Pada tahun 2006, PPD Sepang telah menerima pengiktirafan daripada pihak MAMPUkerana melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan standard MS ISO 9001:2000. Dalam usaha mempertingkatkan kecekapan proses penyampaian perkhidmatan PPD Sepang telah melaksanakan dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan standard MS ISO 9001:2000 yang dikawalselia dan dinilai oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd. Pada 25 Disember 2006, pejabat ini dengan rasminya telah diperaku dan dianugerahkan sijil pengiktirafan kerana melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan standard MS ISO 9001 : 2000 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd. Bermula tahun 2009 PPD Sepang telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 di bawah pensijilan Jabatan Pelajaran Selangor.

Cetak Emel