selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sejarah/Latar Belakang

LATAR BELAKANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM

Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam (PPDSB) ditubuhkan pada 1hb Jun 1982 di bawah Education Ordinance 1950 bagi mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di  daerah Sabak Bernam. Pengwujudannya merupakan satu   proses   desentralisasi  dalam   pengurusan pendidikan, agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada orang ramai.

           Sehingga kini bangunan pentadbirannya telah ditempatkan di Lot 25 & 27,Jalan Besar Sabak Bernam Selangor.Bangunannya menempatkan Pejabat PPD, Unit Pengurusan Sekolah, Unit Perkhidmatan, Unit Kualiti, Psikologi dan Kaunseling dan Unit Kewangan dan juga menempatkan Unit Pengurusan Akademik, Unit Pembangunan dan Perolehan, Unit Maklumat dan ICT,Bilik SISC+ dan SIPartner serta Bilik Mesyuarat Utama dan Dewan taklimat serta sebuah surau.

            Untuk mencapai perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik, PPD Sabak Bernam mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001:2000 dan telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000 dari pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 26 Januari 2007. Mulai Jun 2009 PPD Sabak Bernam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 secara bersepadu dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Hingga Disember 2016 bilangan pegawai di PPD Sabak Bernam adalah seramai 59 orang dan kakitangan sokongan adalah seramai 27 orang.

            Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam telah bertukar nama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam pada bulan Julai 2013 akibat daripada penggabungan Kementerian Pelajaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi membentuk Kementerian Pendidikan. Pada bulan Ogos 2013, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak  Bernam telah berpindah ke bangunan sementara di Lot 25 & 27, Jalan Besar, Sabak Bernam.

Pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah serta tiga orang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah. Penolong PPD pula dibantu oleh Ketua-ketua Unit yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor atau unit masing-masing. Unit-unit dan sub unit tersebut adalah seperti berikut :

  1. Unit Pengurusan Sekolah (UPS):
  2. Unit Pengurusan Menengah
  3. Unit Pengurusan Rendah
  4. Unit Perhubungan dan Pendaftaran/Aduan
  5. Unit Latihan
  6. Unit Pengurusan Akademik (UPA):
  7. Unit Bahasa dan Sains Kemasyarakatan
  8. Unit Sains dan Teknikal
  9. Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  10. Unit Penilaian dan Peperiksaan
  11. Unit Pendidikan Islam
  12. Unit Pengurusan Kemanusiaan (SPK):
  13. Unit Hal Ehwal Murid
  14. Unit Kokurikulum
  15. Unit Sukan
  16. Unit Perkhidmatan dan Kewangan
  17. Unit Pengurusan Kualiti
  18. Unit Pembangunan dan Perolehan
  19. Unit Pengurusan ICT
  20. Unit Psikologi dan Kaunseling

Cetak Emel