selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Fungsi/Objektif

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid
  2. Melahirkan murid yang cemerlang dalam aspek sahsiah, sukan dan kokurikulum.
  3. Meningkatkan bilangan sekolah yang berprestasi tinggi dalam peperiksaan awam.
  4. Meningkatkan tahap pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berlandaskan pematuhan terhadap prosedur pengurusan, arahan perbendaharaan dan tatacara kewangan.
  5. Meningkatkan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan untuk menjadi pendidik dan pemimpin yang lebih berkesan.
  6. Membentuk pasukan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah kea rah kecemerlangan.
  7. Mengurus serta menyediakan prasarana, aplikasi dan peralatan ICT yang mencukupi dan kondusif untuk menyokong kelangsungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  8. Memantapkan system pengurusan dan perkhidmatan yang berkulaiti melalui penambahbaikan yang berterusan bagi memenuhi tuntutan piagam pelanggan berlandaskan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
  9. Membina perhubungan dan pemuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat.

Cetak Emel