selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sejarah/Latar Belakang

LATAR BELAKANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA

Pejabat Pelajaran Daerah Petaling telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950. Ia mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia danJabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di daerah Petaling. PPDP mulai beroperasi pada 1 Jun 1982 bertempat di tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam.

Pengurusan pejabat terdiri daripada gabungan 3 unit :

1.         Pengurusan Sekolah

2.         Pengurusan Akademik

3.         Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Pada  22 Disember 2003, PPD Petaling telah berpindah kepejabat baru di Seksyen 19, Shah Alam. Penstrukturan baru PPD Petaling ( 2003 ) terdiri daripada 6 unit iaitu :

1.         Unit Pengurusan Sekolah

2.         Unit  Pengurusan Akademik

3.         Unit  Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

4.         Unit  Pengurusan Pembangunan danBekalan

5.         Unit  Perkhidmatan

6.         Unit Kewangan

Pada 1 Ogos 2007, pentadbiran PPD Petaling dengan rasminya dipecah dua kepada PPD Petaling Perdana & PPD Petaling Utama Surat JPA Bil JPA(S) 253/2/11-6 Klt.18 (14) bertarikh 29 Januari 2007 telahmem perakukan Penyusunan Semula PPD di Malaysia.

Agensi Pusat telah meluluskan Penstrukturan Semula Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) melalui Surat Kementerian Kewangan B ( 6.00 ) 202/1/2-24 JD.24 ( 4 ) bertarikh 07 Febuari 2007 berkuatkuasa mulai 01 Februari 2007. Waran Perjawatan Baru (jumlah sebanyak 29 ) telah diluluskan oleh Kem. Kewangan(Bil. S34 Tahun 2007 bertarikh 6 Febuari 2007 ).

PPD Petaling dengan rasminya dipecahdua pada 1 Ogos 2007 kepada PPD Petaling Perdana dan PPD Petaling Utama.

Cetak Emel