selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN 

KAMI WARGA  PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI SELANGOR DENGAN PENUH

TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

  1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama.
  2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang berkenaan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh disahkan.
  3.  Memastikan permohonan  pertukaran murid  warga negara yang memenuhi syarat diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  4. Memastikan surat pertukaran guru di dalam daerah dapat dikeluarkan  dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mesyuarat panel.
  5. Memastikan keputusan  peperiksaan awam  diedarkan  kepada sekolah pada hari keputusan dikeluarkan.
  6. Memastikan surat kelulusan permohonan   bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh  3 hari bekerja.
  7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima
  8. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan pemeriksaan awal dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima aduan.

KAMI AKAN MEMASTIKAN ANDA MEMBAWA BERSAMA MAKLUMAT YANG BETUL, LENGKAP DAN MEMATUHI SEMUA SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.

Cetak Emel