selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sejarah/Latar Belakang

Sejarah PPD Kuala Langat

Pada 1 Julai 1982 Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Sepang (PPDKLS) ditubuhkan. Bangunan asal pejabat ini ialah Sekolah Kebangsaan Banting, Jalan Jugra (sekarang Jalan Sultan Abdul Samad). Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Sepang ditubuhkan dibawah Education Ordinance 1950. Pada 1 November 1991 Pejabat Pelajaran Daerah Cawangan Sepang telah dibuka di bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Salak. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat (PPDKL) berpisah dengan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang (PPDS) pada 1 Februari 2002.

Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat di ketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah dengan dibantu oleh 4 Penolong Pegawai Pelajaran Daerah. Unit Kualiti dan Dokumentasi ditubuhkan pada tahun 2005 untuk memantapkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PPD Kuala Langat. PPD Kuala Langat telah mendaftar untuk pensijilan MS ISO 9001:2000 (SIRIM) pada 23 Mac 2006, menjalani Audit Kecukupan pada 7 Julai 2006 dan Audit Pematuhan 18 dan 19 Oktober 2006.

PPD Kuala Langat mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada 26 Januari 2007 dengan No.Pendaftaran AR 4245. Pada 18 November 2006 Visi, Misi, Dasar Kualiti dipinda, blok, bilik mesyuarat di PPD Kuala Langat. Nama Blok dan bilik mesyuarat adalah seperti berikut :

1.Blok Induk : Blok Jugra
2.Blok Kemanusiaan : Blok Morib
3.Blok Pembangunan : Blok Bandar
4.Blok Akademik : Blok Langat
5.Bilik Mesyuarat : Bilik Mesyuarat Seri Jugra 1
6.Bilik Mesyuarat : Bilik Mesyuarat Seri Jugra 2
7.Bilik Jamuan : Anjung Selera Bandar Temasya

Cetak Emel