selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Fungsi/Objektif

Objektif

1. Memberi peluang–peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

2. Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

3. Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran.

4. Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan.

5. Mengembangkan potensi individu pelajar melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan.

6. Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketerampilan untuk mengurus sekolah ke arah kecemerlangan.

7. Meningkatkan kepakaran pegawai–pegawai perkhidmatan pendidikan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan.

8. Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.

9. Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan.

10. Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi–agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat.


Fungsi

1. Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.

2. Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.

3. Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.

4. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.

5. Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.

6. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.

7. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.

8. Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah.

9. Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.

10. Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerah.

11. Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan intitusi tersebut menjalankan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan berkesan.

12. Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.

13. Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru dalam daerah.

14. Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pendidikan.

15. Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di peringkat daerah pelajaran.

16. Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.

17. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.

Cetak Emel