selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sejarah/Latar Belakang

SEJARAH LATAR BELAKANG PPD HULU SELANGOR

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor ( PPDHS ) telah ditubuhkan di bawah Educaton Ordinance 1950. Ia mewakili Jabatan Pendidikan Selangor ( JPNS ) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah – sekolah menengah dan rendah di daearah Hulu Selangor.

Pejabat Pendidikan Daearah Hulu Selangor ditubuhkan pada 1 Jun 1982 di SMK Dato’ Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu. Pada 1 Julai 1982, pejabat ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu dan pada 17 Disember 1984 mula beroperasi di bangunan baru Pejabat Daerah Hulu Selangor hingga 31 Disember 2009. Mulai 01 Januari 2010, Pejabat Pendidikan Daearah Hulu Selangor berpindah ke lokasi baharu iaitu di Wisma TNB, Lot 18, Seksyen 8, Jalan Rasathurai, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor dan beroperasi sepenuhnya pada 01 Mac 2010.

Kini, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor mempunyai 54 orang pegawai dan 22 orang staf sokongan yang sentiasa komited, aktif dan bertanggungjawab. Sebagai sebuah institusi kerajaan, pejabat ini bertanggungjawab sebagai perantara dan pengerak dalam pelaksanaan dasar dan aktiviti pendidikan kepada 68 buah sekolah di daerah Hulu Selangor.

Penstrukturan baharu PPDHS yang dilaksanakan pada tahun 2011 melibatkan perluasan bidang pengurusan dan fungsi organisasi. Pengurusan dan pentadbiran PPDhs diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daearah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Penolong – Penolong Pegawai Pendidikan Daerah dan Penyelia – Penyelia. Terdapat lapan sector/unit utama dalam penstrukturan baharu PPDHS. Setiap sector/unit terdiri daripada seorang/ beberapa orang penolong PPD dan penyelia yang berperenan untuk menyelaraskan program dan aktiviti dalam sector/unit masing – masing. Sektor/unit tersebut adalah seperti berikut :

  1. Sektor Pengurusan Sekolah
  2. Sektor Pengurusan Akademik
  3. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

PPDHS juga berfungsi untuk menyelarasakan pengurusan dan pentadbiran 68 buah sekolah yang mengandungi :

  1. 14 buah SMK
  2. 1 SBP
  3. 2 buah SABK
  4. 32 buah SK
  5. 10 Buah SJKC
  6. 9 buah SJKT

Pada tahun 2006, PPD Hulu Selangor telah menerima pengiktitarafan MAMPU dengan memperoleh sijil sistem kualiti MS ISO 9001:2000. Seterusnya PPD Hulu Selangor telah melangkah lebih jauh dengan memperolehi sendiri penarafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2000 pada 11 Ogos 2006, daripada pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd. Mulai 01 Jun 2009, Sistem Pengurusan Kualiti di semua Pejabat Pendidikan Daerah Negeri dengan menggunakan satu dokumen kualiti yang sama dan dikawal oleh Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

         

Cetak Emel