selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Piagam Pelanggan

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam tempoh 30 minit pertama.
  2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan memastikan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh disahkan.
  3. Memastikan permohonan pertukaran murid warga negara yang memenuhi syarat diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  4. Memastikan surat pertukaran guru di dalam daerah dapat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Panel.
  5. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari keputusan dikeluarkan.
  6. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula bagi kes disiplin yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja.
  7. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  8. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
  9. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan pemeriksaan awal dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima aduan.

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

Cetak Emel