selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

KAMI WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI SELANGOR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

  1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;
  2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh disahkan;
  3. Memastikan permohonan pertukaran murid diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh 5 hari jika memenuhi syarat;
  4. Memastikan surat penempatan guru dan pertukaran guru ke negeri atau daerah dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima atau dari tarikh permohonan diluluskan;
  5. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari keputusan dikeluarkan;
  6. Memastikan keputusan permohonan rayuan bersekolah semula dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja;
  7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap diterima;
  8. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima laporan.

Cetak Emel