selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Fungsi/Objektif

Objektif

1. Memberi peluang–peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

2. Meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan dan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum.

3. Memantapkan pengurusan organisasi.

4. Ketelusan dalam pengurusan sumber.

5. Mendapat pencapaian yang cemerlang dalam UPSR, SPM dan STPM.

6. Memimpin, menyelia dan menilai pengurusan sekolah di daerah demi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ke arah pendidikan bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru Negara dengan mengambilkira kebitaran sekolah-sekolah.

7. Merancang dan melaksanakan program Perkembangan Staf, Perkembangan Profesionalisme serta meningkatkan Prestasi Kurikulum dan Kokurikulum

8. Mengenalpasti dan merancang penyelesaian masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan pengajaran- pembelajaran di sekolah.

9. Memimpin sekolah mengenalpasti dan memperkembangkan potensi individu murid dalam kontek konsep pendidikan seumur hidup.

10.Memimpin sekolah untuk memperkembangkan sosial yang berterusan Serta sensitif kepada perkembangan dan perubahan sosial dan ekonomi negara.

11.Membantu Jabatan Pelajaran Negeri merancang dan melaksanakan projek pembangunan, urusan penyelenggaraan bangunan dan perbekalan.

12.Memimpin sekolah mewujudkan satu perhubungan yang lebih berkesan dengan masyarakat


Fungsi

1. Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.

2. Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.

3. Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.

4. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.

5. Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.

6. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.

7. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.

8. Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah.

9. Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.

10. Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerah.

11. Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan intitusi tersebut menjalankan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan berkesan.

12. Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.

13. Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru dalam daerah.

14. Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pendidikan.

15. Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di peringkat daerah pelajaran.

16. Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.

17. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.

Cetak Emel