selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sejarah Jabatan Pendidikan Selangor

Sejarah Jabatan Pelajaran Selangor
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNSel) telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950. Ia mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di Negeri Selangor.
JPNSel mulai beroperasi di Gombak Lane, Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1955. Pengarah Peleajaran Negeri Selangor yang pertama ialah En. Luke K.D. Dalam tempoh 34 tahun JPNSel telah berpindah ke beberapa pejabat pentadbirannya di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya ialah di Bangunan Sultan Sulaiman dan di Bangunan Bekas Kelab Rekreasi Pegawai Kerajaan Jalan Swettenham (Jalan Mahameru) Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan, JPNS telah berpindah ke Bangunan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) pada 16 Jun 1989. Akhirnya pada 1 Mei 1998, JPNSel telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4 Shah Alam.
Pengurusan dan pentadbiran JPNSel diketuai oleh Pengarah Pelajaran dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Pelajaran. Terdapat sepuluh sektor utama di JPNSel. Ia diketuai oleh seorang Ketua Sektor atau Ketua Unit yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor atau unit masing-masing. Sektor-sektor dan unit-unit tersebut adalah seperti berikut :
1. Sektor Pengurusan Sekolah (SPS).
2. Sektor Pengurusan Akademik (SPA).
3. Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK).
4. Sektor Pendidikan Islam (SPI).
5. Sektor Peperiksaan dan Penilaian (SPP).
6. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (SK2P).
7. Sektor Jaminan Kualiti (SJK).
8. Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas (SPSPK).
9. Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT (SPMICT)
10. Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK)
JPNSel juga menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran sepuluh buah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang diketuai oleh seorang Pegawai Pelajaran Daerah. PPD tersebut adalah seperti berikut :
1. PPD Klang
2. PPD Hulu Langat
3. PPD Petaling Perdana
4. PPD Petaling Utama
5. PPD Kuala Langat
6. PPD Kuala Selangor
7. PPD Gombak
8. PPD Sabak Bernam
9. PPD Hulu Selangor
10. PPD Sepang

Alamat Operasi
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam

Direktori
Nombor Telefon : 03 – 55186500
Nombor Faks : 03 – 55102133
E – mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Web : www.moe.gov.my/jpnselangor

Cetak Emel