selangor flag  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Piagam Pelanggan

 

logojps

PIAGAM PELANGGAN
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

KAMI WARGA JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

1. Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter dilayan dalam tempoh 30 minit;

2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap pengadu yang diterima oleh Unit Perhubungan Awam dikeluarkan Surat Akuan Terima (SAT) dalam tempoh satu hari bekerja dari tarikh aduan diterima;

3. Memastikan Surat Penempatan Guru atau Surat Pertukaran Guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan rasmi diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia atau mesyuarat panel;

4. Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula bagi kes disiplin yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

5. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

6. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada calon pada hari keputusan dikeluarkan;

7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima;

KAMI AKAN MEMASTIKAN ANDA MEMBAWA BERSAMA MAKLUMAT YANG BETUL, LENGKAP DAN MEMATUHI SEMUA SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN

JIKA ANDA ADA SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG TERUS KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KAMI
DI KAUNTER UTAMA JABATAN INI ATAU TELEFON : 03-55186500

 

Cetak Emel