selangor flag  Official Portal of Selangor State Education Department

Permohonan Data

KATEGORI DAN JENIS PERMOHONAN MAKLUMAT

(Peranan SPMICT & UICT Sebagai Pembekal Data Rasmi)

* Data Kategori C dan D tidak boleh diberi kepada mana-mana penyelidik

BIL

KATEGORI

KETERANGAN

1

Kategori A

(Data bersifat umum dan mudah)

Kategori ini meliputi data dan maklumat yang mempunyai kepentingan umum, lazimnya disebar luas oleh SPMICT/UICT melalui penerbitan atau secara elektronik. Contohnya, data yang diterbitkan di dalam Buku Statistik Kecil, Risalah Maklumat Asas Pendidikan, Quick Facts atau Pelaporan Data Power BI melalui Web.
2

Kategori B

(Data kompleks tetapi bersifat umum)

Data kategori ini memerlukan penganalisisan yang lebih panjang dan pemahaman data yang lebih mendalam, ada kalanya memerlukan pengetahuan statistik yang mencukupi. Data dan maklumat berbentuk ini biasa diperlukan oleh agensi‐agensi kerajaan, agensi luar negara, para penyelidik dari dalam dan luar negara, kerajaan negeri dan badan‐badan berkanun.
3

Kategori C

(Data sulit dan maklumat terhad)

Data kategori ini mengandungi unsur‐unsur sensitif seperti agama, bangsa, kaum dan lain‐lain maklumat yang telah diklasifikasikan sebagai sensitif. Data ini lazimnya dikongsi antara agensi‐agensi kerajaan yang difikirkan wajar sahaja dan tidak di kongsi dengan pihak bukan kerajaan. Penggunaan data ini terhad HANYA seperti yang dinyatakan dalam tujuan permohonan
4

Kategori D

(Data dan maklumat rahsia)

Data kategori ini mengandungi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat kediaman, nombor telefon, pertalian keluarga dan lain‐lain yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 - Borang Permintaan Maklumat boleh muat turun di sini

Print Email